UKM A & B terus kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR - Dua pasukan yang dibariskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan kehebatan masing-masing dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kriket Twenty20 UKM pada 22 JanuarI 2014.

Di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang, UKM A mengatasi Asia Pacific University (APU) dengan 33 larian dalam aksi pagi. Pemain berasal dari Kelantan, Fikri Makram Rosdi menghimpun 59 larian tanpa tewas yang seterusnya dipilih pemain terbaik.

Dalam pertemuan petang pula, UKM B mengecewakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 59 larian. UKM B melakukan angka tinggi; 163-5 dalam peruntukan 20 over.

Dalam satu lagi pertemuan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary (UAA) dengan enam wiket di UKM Oval, Bangi.

Pertandingan bagi merebut Piala Menteri Pendidikan kendalian bersama UKM dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu akan memastikan dua pasukan teratas bertemu dalam babak akhir Ahad ini di Bayuemas Oval.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Asia Pacific University dengan 33 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 142-4 (20 over) Fikri Makram Rosdi kekal 59, Faizal Abu Hassan 29, Adam Zulkifli 10.
Asia Pacific University 109 (18.5 over) Taimoor Touseef 44, Faizshal Niaz-Lyn 12, Waleed Khan 10, Faisal Hene Hasan 10.  Faruq Hakimin Azmi 2-18, Nik Azril Arifin 2-19, Nik Nabil Safwan Anuay 2-21.
Pemain terbaik: Fikri Makram Rosdi (UKM A).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) dan Bertle James (NS).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 59 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 163-5 (20 over) Vivegan Danapalan 45, Adzim Yahaya 25, Fadzrin Kate-Lee kekal 21, Che Wan Razlan Zalati 19, Noor Afif Saufee 11, Zaid Asyraf Nor Azmi kekal 11.  Rasul Iqbal Ghazali 2-32.
Universiti Teknologi Mara 104-8 (20 over) Azman Tajri 27, Nor Azli Karim 21, Khairul Azzudin Zaidi 17, Amiruddin Azahar 10.  Fadzrin Kate-Lee 3-17, Shahrulnizam Yusof 2-12.
Pemain terbaik: Fadzrin Kate-Lee (UKM B).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).

Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 6 wiket.
Universiti Antarabangsa Albukhary 118-7 (20 over) Isfar Jabed Kabir 43, Usman Ashraf 19, Mohamed Hisham 14.  Nurrul Amin Rahman 3-16.  
Universiti Islam Antarabangsa 119-4 (18.3 over) Najeebullah Hashimi 34, Mohammad Qesim 27, Ahmed Ikram 18, Mahmudur Rahman 10.
Pemain terbaik: Najeebullah Hashimi (UIA).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) dan Fhadli Ishak (NS).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).