Permulaan baik bagi tuan rumah

Kriket Twenty20 UKMKUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang membariskan dua pasukan bergaya apabila kedua-dua barisannya menang dalam pembukaan saingan Kriket Twenty20 UKM pada 21 Januari 2014.
 
UKM A membelasah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan lapan wiket di Bayuemas Oval, Pelabuhan Klang
 
Pemukulnya yang baru pulih daripada kecederaan, Faizal Abu Hassan melakukan 40 larian untuk menggerakkan angka pasukannya untuk memenangi pertemuan dengan mudah.
 
UKM B pula mengatasi Asia Pasific University (APU) dengan 44 larian di gelanggang sama pada sebelah petang.
 
Dalam satu lagi perlawanan di UKM Oval, Bangi,  Universiti Teknologi Mara (UiTM) menang tipis dengan satu wiket ke atas Universiti Antarabangsa Albukhary.
 
''Permulaan baik. Kami merancang untuk berentap sama sendiri dalam pertemuan babak akhir Ahad ini,'' kata pengelola UKM, Fairus Shafie.

 
KEPUTUSAN
 
Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 8 wiket.
University Islam Antarabangsa 95-9
(20 over) Shahriar Hasan Shuvo 22, Hunain Altaf, Mohamad Qasim 15.  Fitri Sham 3-12, Faruq Hakimin Azmi 3-13, Nik Nabil Safwan Anuay 2-20.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 96-2 (13.5 over) Faizal Abu Hassan kekal 40, Faiz M. Noor kekal 32.  Hunain Altaf 2-24.
Pemain terbaik: Fitri Sham (Universiti Kebangsaan Malaysia A).
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) dan Bertle James (Negeri Sembilan).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Asia Pacific University dengan 44 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 157-7
(20 over) Vivegan Danapalan 43, Waqas Khalis Obeidy kekal 29, Asyraf Naim M. Sham 21.  Faizshal Niaz-Lyn 2-15, Usman Hashmi 2-28.
Asia Pacific University 113-5 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn bersara 42, Norharif Hamidon kekal 23.  Fadzrin Kate-Lee 2-20, Hameedur Rahman 2-23, Asyraf Naim M. Sham 2-24.
Pemain terbaik: Vivegan Danapalan (UKM B).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) dan Redzuan Shahadan (SEL).
Pencatat: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 1 wiket.
Universiti Antarabangsa Albukhary 109
(18.4 over) Md. Asif Mustaba 35, Mohamed Husain 14, Muhammad Osman Ashraf 11, Mohamed Hisham 10, Mohamed Anees 10.  Muazzam Hadi 3-20, Amiruddin Azahar 3-21, Nasiruddin Mazlan 2-15.
Universiti Teknologi Mara 113-9 (19.4 over) Azman Tajri 30, Nor Azli Karim 18, Zubair Asyraf Nor Azmi 14, Rizuan Jusoh 11.  Javed Raj Muhammad 3-20, Mohamed Anees 2-24.
Pemain terbaik: Amiruddin Azahar (Universiti Teknologi MARA).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) dan Fhadli Ishak (NS).
Pencatat: Nai Prasanet Soom Chok (KL).
 
JADUAL 22 JANUARI 2014:
 
UKM A lwn Asia Pacific University
(Bayuemas Oval, 9.30)
 
UKM B lwn UiTM
(Bayuemas Oval, 2 petang)
 
UIA lwn Universiti Albukhary
(UKM Oval, 9.30 pagi)