Tiga pemain Kriket Melayu beraksi dalam liga kebangsaan Sri Lanka

KUALA LUMPUR - Naib ketua pasukan kriket nasional, Shafiq Sharif mengetuai kumpulan pertama pemain Persatuan Kriket Melayu Malaysia menyertai penempatan selama lima bulan di Sri Lanka.

Bersama Shafiq untuk mewakili pasukan tempatan di Colombo dalam Liga Kriket Kebangsaan Sri Lanka ialah Haziq Zainuddin dan Nazril A. Rahman.

Kriket Melayu bersama  Yayasan Sime Darby bersetuju merangka penempatan pemain bersama pasukan Liga Perdana Sri Lanka, Chilaw Marians bagi musim pertandingan 2013-2014. Ketiga-tiga pemain berlepas ke Colombo 3 Disember 2013.

Shafiq, 23,  pemukul serba boleh dan merupakan penjaga wiket utama Malaysia. Haziq, 23,  sebagai pemukul pembukaan dan pemutar kanan. Nazril, 20, adalah pembaling separuh pantas pembukaan skuad kebangsaan.

Ketiga-tiga pemain ini akan beraksi dalam permainan format ining tiga hari dan 50 over.

Di samping penempatan di Sri Lanka, dua pemain kebangsaan di bawah Kriket Melayu juga bermain dalam liga perdana di London. Mereka ialah Aminudin Ramly dan Faris Almas-Lee.
 
 
TIGA pemain (dari kiri), Nazril A. Rahman, Shafiq Sharif dan Haziq Zainuddin berlepas ke Colombo pada 3 Disember 2013.