Kriket: Melayu Malaysia bersedia hadapi tekanan di Chiang Mai

PASUKAN perempuan Melayu Malaysia bersemangat untuk bersaing dalam Cabaran Kriket Antarabangsa Perempuan Chiang Mai bermula 22 November di Chiang Mai, utara Thailand.KUALA LUMPUR - RMAF Angels; skuad Tentera Udara Diraja Malaysia yang menarik diri daripada penyertaan dalam Cabaran Kriket Antarabangsa Perempuan Chiang Mai bermula 22 November  telah meletakkan skuad muda Melayu Malaysia bakal berhadapan dengan tiga pasukan dari Thailand.

RMAF Angels yang memiliki enam pemain kebangsaan terpaksa menarik diri pada saat akhir berikutan masalah dalaman manakala Thailand yang merupakan juara wanita Asia meletakkan tiga pasukan untuk bersaing dalam pertandingan yang bakal berlangsung di Kelab Golf Chiang Mai Diraja.

 


Pengurus Melayu Malaysia, Norhana Mustapha berkata, matlamat barisan perempuan Melayu Malaysia adalah untuk menayang aksi hebat sepanjang kejohanan sehingga 27 November.

''Ini merupakan penyertaan pertama kami setelah diwujudkan dua Projek Kriket Nasional oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Satu di Kuala Lumpur dandi Kuala Lipis.

Melayu Malaysia turut membariskan tiga pemain Orang Asli berasal dari Gua Musang, Kelantan. Mereka ialah Zumika Azmi, Sasha Azmi dan Rohaya Jani.

''Ini adalah pendedahan awal dan apa jua keputusan tidak begitu diutamakan; cuma aksi cemerlang diambil kira. Lagipun 75 peratus pemain hanya berusia 13 tahun,'' katanya Norhana.

Persatuan Kriket Thailand akan menampilkan tiga pasukan matang; dua daripadanya adalah kumpulan bawah 19 yang akan dipilih untuk bertanding dalam Kejohanan Bawah 19 Majlis Kriket Asia awal tahun depan.

''Walaupun membariskan pasukan gagah, kami mengalu-alukan usaha Kriket Melayu menampilkan pasukan muda sebagai 'pelaburan' masa depan,'' katanya Ketua Eksekutif Kriket Thailand, Mohideen Abdul Kader.

MELAYU MALAYSIA: Nur Nabila Nazeli, Zumika Azmi, Nur Amalina Zainal, Sasha Azmi, Noor Hayati Zakaria, Mahirah Izzati Ismail, Norhidayu Hani, Ainna Hamizah Hashim, Nik Nur Atiela Nik Din, Rohaya Jani, Siti Nurul Izatul Za Izam,Nur Izzah Bahirah Zailan, Nur Dania Syazwina Kamal.

Pengurus; Norhana Mustapha, Jurulatih: Susil Ananda.

 

PASUKAN perempuan Melayu Malaysia bersemangat untuk bersaing dalam Cabaran Kriket Antarabangsa Perempuan Chiang Mai bermula 22 November di Chiang Mai, utara Thailand.

PASUKAN perempuan Melayu Malaysia bersemangat untuk bersaing dalam Cabaran Kriket Antarabangsa Perempuan Chiang Mai bermula 22 November di Chiang Mai, utara Thailand.