Bawah 14 Melayu Malaysia mahu kekalkan kegarangan di Sri Lanka

KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia akan memastikan mampu menang lebih separuh pertemuan dalam sesi latihan pendedahan mulai 9 hingga 16 November di Sri Lanka.

 

Walaupun terpaksa berhadapan dengan tujuh pasukan gagah termasuk Prince of Wales College and St. Sebabstian College, pasukan muda Melayu Malaysia tidak pernah khuatir dengan kemampuan pasukan tempatan di sana.

 

''Sejak tahun 1999, pasukan peringkat usia ini terdedah setiap tahun di Sri Lanka dengan berhadapan dengan pasukan kuat di kepulauan itu. Kami sudah biasa dan pasukan Melayu Malaysia dilatih oleh enam jurulatih Sri Lanka yang berkelayakan di Malaysia,'' kata pengurus pasukan, Sandhrasager Kannan.

 

Dalam perhitungan tahun lalu di Sri Lanka, Melayu Malaysia memenangi lima daripada lapan perlawanan.

 

Latihan pendedahan yang dilakukan setiap tahun di Colombo dan daerah terdekatnya seperti di Moratuwa adalah sebagai persiapan  menyertai pertandingan bawah 15 peringkat Asia dan yang lebih utama ialah Cabaran Kriket Bawah 15 Antara yang dianjurkan sejak tahun 2004 membabitkan lima pasukan handal.

 

Bagi cabaran berkenaan untuk merebut Trofi Tuanku Ja'afar ia disertai pasukan Sekolah-Sekolah Sri Lanka, Sekolah-Sekolah Afrika Selatan, Akademi India, pasukan kebangsaan bawah 15 Singapura dan Melayu Malaysia.

 

Turut dalam dalam rombongan ke Sri Lanka ialah jurulatih kanan, Sarath Jayawardana dan pengadil, Redzuan Shahadan.

 

MELAYU MALAYSIA;

Ammar Uzair Fakri, Fadli Haris A. Rahman, Said Khairul Nizam, Nik Abdul Rahman Mohamad, Islah Muhaimin Zol, Faiz Kamaruzaman, Hamzah Amat, Che Muhamad Fairuz Saari, Khuzairi Karim, Zubaidi Zulkifle, Hasif Norhaizan, Zaim Asnawi Osman, Ammar Zuhdi Hazalan, Akmal Ziyad Zainudin, Ikmal Yazid. 

 

Pengurus; Sandhrasager Kannan

Jurulatih: Sarath Jayawardana

Pengadil: Redzuan Shahadan

 

JADUAL DI SRI LANKA

 

Sabtu: Melayu Malaysia lwn Kelab Sukan Panadura.

Ahad: Melayu Malaysia lwn Panadura

Isnin: Melayu Malaysia lwn Carey College

Rabu: Melayu Malaysia lwn St. Sebastian College

Khamis: Melayu Malaysia lwn Prince of Wales College

Jumaat: Melayu Malaysia lwn Moratuwa MV

Sabtu: Melayu Malaysia lwn Marian Cooray SC

PASUKAN bawah 14 Melayu Malaysia bersama pegawai pasukan sudah bersedia untuk ke Sri Lanka dalam sesi latihan pendedahan musim 2013.