Kriket Melayu dapat kerjasama Kementerian Pelajaran

BARISAN kepimpinan Kriket Melayu (dari kiri), Setiausaha Agung Rosmanizam Abdullah, Ahmad Sarji, Timbalan Presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob dan Naib Presiden, Tan Sri Wan Mohd. Zahid Noordin sewaktu mendengar pandangan ahli pada persidangan agung tahun di Bayuemas Oval, Klang.

KLANG - Permainan kriket akan terus dikembangkan di sekolah-sekolah dengan sokongan dan kerjasama erat daripada Kementerian Pelajaran.

Perancangan itu telah diterima dengan baik oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu dalam sesi pertemuan dengan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

‘Saya telah mengumumkan kepada beliau mengenai kecemerlangan pusat peringkat menengah dalam Projek Kriket Nasional di tiga pusat utama di samping pembangunan program bawah 12 tahun di 18 pusat di seluruh negara,’’ kata Ahmad Sarji di Bayuemas Oval, di sini, pada 23 Mei 2009.

Tiga pusat utama peringkat menengah ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria ( Kuala Lumpur ), SMK Penang Free dan SMK Tinggi Kajang, Selangor.

Pertemuan di Putrajaya itu juga menyentuh sokongan teknikal dan kejurulatihan yang boleh disalurkan oleh Kriket Melayu kepada program di peringkat sekolah pada masa akan datang di samping komitmen pendedahan antarabangsa kepada pemain seawal bawah 12 tahun.

‘’Tan Sri (Muhyiddin) telah memberi maklum balas meyakinkan dan ini merupakan petanda awal sukan kriket akan terus dikembangkan dengan baik,’’ katanya.

Sewaktu berucap pada persidangan agung tahunan Kriket Melayu itu, beliau memberi amaran kepada jurulatih persatuan berkenaan agar bertanggungjawab ke atas penurunan prestasi skuad bawah 15 nasional sekarang.

Beliau yang dilantik presiden pada 31 Mac lalu menggantikan Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada Disember tahun lalu berkata, Kriket Melayu akan melakukan penilaian terhadap prestasi jurulatih termasuk kaedah latihan dan tahap disiplin pemain.

‘’Kajian ini hendaklah juga meliputi pusat prestasi tinggi terutama di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana telah dihimpunkan buat pertama kali pemain daripada skuad bawah 19 Piala Dunia nasional,’’ katanya.

Sejak tiga tahun lalu, Kriket Melayu menggaji jurulatih-jurulatih dari Bangladesh menggantikan panel kejurulatihan Sri Lanka di samping sokongan tenaga tempatan.

Katanya,  pihak kerajaan dan orang ramai perlu sedar bahawa Kriket Melayu membangunkan kriket untuk semua kaum dan sebagai bukti, persatuan ini telah membekalkan hampir semua pemain dalam pasukan peringkat usia Malaysia sehingga hari ini.
 
SETIAUSAHA Agung Kriket Melayu, Rosmanizam Abdullah (kiri) serius membuat penjelasan sewaktu persidangan agung tahunan persatuan itu di Bayuemas Oval, Klang. Turut sama mendengar ialah Ahmad Sarji, Timbalan Presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob dan Setiausaha Kewangan, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi (kanan).