Wakil Sri Lanka pertahan kejuaraan

KUALA LUMPUR - Chilaw Marians mempertahankan kejuaraan saingan kriket Antara Kelab Antarabangsa dengan mengetepikan pendatang baru, Mumbai Eleven 77 dengan empat wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 29 September 2013.

 

Keputusan untuk memadang terdahulu setelah memenangi undian memberi kelebihan kepada Chilaw Marians dari Sri Lanka apabila menghentikan pukulan lawan setakat 166 larian dalam 43.3. over.

 

Apa pun dalam aksi mengejar angka lawan, Chilaw Marians turut cemas apabila kehilangan enam wiket pada kedudukan 75 di papan catatan. Gandingan wiket ketujuh berjumlah 94 larian antara Chathuranga Kumara (53 tanpa tewas) dengan Asanka Silva (kekal 37) membawa kemenangan kepada Chilaw Marians untuk terus menyimpan Piala Tun Ahmad Sarji.

 

''Kami akan membawa pasukan yang lebih gagah tahun depan dan ini janji saya,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera,

 

Dalam penentuan ketiga kelmarin, Melayu Malaysia membaham Bright Sports dari Bangladesh dengan enam wiket.

 

KEPUTUSAN

 

BABAK AKHIR:

 

Chilaw Marians kalahkan Mumbai Eleven 77 dengan 4 wiket.

Mumbai Eleven 77 166 (43.3 over) Aniket Redkar 37, Parag More 32, Abdulahad Malek 17, Salman Rizwan Ahmed 17, Vinit Indulkar 14, Pradeep Sachan 13.  Malinga Bandara 4-32, Asanka Silva 2-19, Chathuranga Kumara 2-40.   

Chilaw Marians 169-6 (42.4 over) Chathuranga Kumara kekal 53, Asanka Silva kekal 37, Shehan Fernando 15, Damodaran Rohit 14.  Salil Agharkar 3-38.  

Pemain terbaik: Chathuranga Kumara (Chilaw Marians).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Pradeep Udawaththa (Sri Lanka).

 

PENENTUAN KETIGA:

 

Melayu Malaysia kalahkan Bright Sports dengan 6 wiket.

Bright Sports 158 (49.1 over) Amit Biswas 51, Sazzadul Hoque Ripon 21, Ridwan Hossain Palash 15, Puneet Mehra 15, Irfaan Shukkur 13, Arif Ahmed 13, Mouin Uddin Rubel 12.  Wafiq Irfan Zarbani 4-22.   

Melayu Malaysia 161-4 (41 over) Anwar Arudin kekal 72, Faiz M. Noor kekal 35, Shafiq Sharif 25, Norwira Zazmie A. Halim 16.  Ridwan Hossain Palash 2-30.

Pemain terbaik: Anwar Arudin dan Wafiq Irfan Zarbani (Melayu Malaysia).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).