Melayu Malaysia atasi wakil Bangladesh dengan enam wiket

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia mengatasi Bright Sports dari Bangladesh dengan kemenangan enam wiket untuk menghuni tempat ketiga saingan kriket Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 28 September 2013.


 

Setelah memenangi undian dan memaksa Melayu Malaysia untuk memadang, Bright Sports hanya berupaya melakukan 158 larian dalam 49.1 over.

 

Selepas sajian tengah hari, Melayu Malaysia yang perlu mengumpulkan 3.18 larian dalam satu over berjaya mengatasi angka sasaran dalam 41 over.

 

Bertahan di lapangan tengah ketika itu ialah Anwar Arudin (72 larian) dan Faiz M. Noor dengan 35.

 

''Memenangi pertemuan penentuan ketiga ini amatlah bagus dan kami yakin pencapaian pemain akan lebih perkasa apabila berhadapan dengan pasukan bertaraf tinggi ini,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Mohidin Hashim.

 

Sementara itu, juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka masih memiliki kelebihan dalam perlawanan akhir bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji apabila menentang pendatang baru, Mumbai Eleven 77 dari India pada 29 September.


 

KEPUTUSAN PENENTUAN KETIGA

 

Melayu Malaysia kalahkan Bright Sports dengan 6 wiket.

Bright Sports 158 (49.1 over) Amit Biswas 51, Sazzadul Hoque Ripon 21, Ridwan Hossain Palash 15, Puneet Mehra 15, Irfaan Shukkur 13, Arif Ahmed 13, Mouin Uddin Rubel 12.  Wafiq Irfan Zarbani 4-22.   

Melayu Malaysia 161-4 (41 over) Anwar Arudin kekal 72, Faiz M. Noor kekal 35, Shafiq Sharif 25, Norwira Zazmie A. Halim 16.  Ridwan Hossain Palash 2-30.

Pemain terbaik: Anwar Arudin dan Wafiq Irfan Zarbani (Melayu Malaysia).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).