Chilaw Marians lawan Mumbai dalam perlawanan akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka layak ke babak akhir saingan kriket Antara Kelab Antarabangsa apabila menewaskan Melayu Malaysia dengan enam wiket dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang untuk bertemu pendatang baru, Mumbai Eleven 77 dari India pada 29 September 2013.

 

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Mumbai pula menang mudah; lapan wiket ke atas wakil Bangladesh, Bright Sports dalam pertemuan di Kinrara Oval.

 

Melayu Malaysia yang melakukan 165 larian dalam 49.1 over memastikan Chilaw Marians bekerja keras sehingga 40 over untuk mengatasi angka tuan rumah. 

 

''Kami akan memastikan kejuaraan milik kami lagi dan tidak ada jalan lain kecuali berusaha ke tahap maksimum dalam perlawanan akhir,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.

 

Bright Sports cuma melakukan 87 larian dan Mumbai mengatasi skuad Bangladesh itu dalam hanya 14.4 over. Melayu Malaysia akan menentang Bright Sports dalam penentuan ketiga hari ini.

 

 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

 

Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 wiket berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 163 larian dalam 48 over.

Melayu Malaysia 165 (49.1 over) Shafiq Sharif 37, Faris Almas-Lee 24, Anwar Arudin 18, Haziq Zainudin 11, Suharril Fetri Shuib 11, Nik Azril Arifin 10.  Chathuranga Kumara 3-21, Malinga Bandara 3-29, Dinuk Hettiarachchi 2-24.

Chilaw Marians 163-4 (40 over) Ashen Silva kekal 55, Shehan Fernando 36, Chathuranga Kumara kekal 29, Damodaran Rohit 15, Gayan Wijekoon 10.  Suharril Fetri Shuib 2-30.    

Pemain terbaik: Chathuranga Kumara (Chilaw Marians).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Shafizan Shahriman (Malaysia).

 

Mumbai Eleven 77 kalahkan Bright Sports dengan 8 wiket.

Bright Sports 87 (31.4 over) Sadid Hossain Khan 15, Ridwan Hossain Palash 14, Puneet Mehra 14, Sazzad Hossain 10.  Pradeep Sachan 3-11, Santosh Saxena 3-25, Salil Agharkar 3-26.   

Mumbai Eleven 77: 90-2 (14.4 over) Salman Rizwan Ahmed 38, Abdulahad Malek kekal 35.  

Pemain terbaik: Santosh Saxena (Mumbai Eleven 77).  

Pengadil: Pradeep Udawaththa (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).