Bright Sports gegar Mumbai dengan tujuh wiket

KUALA LUMPUR - Bright Sports dari Bangladesh melakukan kejutan untuk menafikan kemenangan berterusan Mumbai Eleven 77 dari India dalam aksi kriket Antara Kelab Antarabangsa di Kinrara Oval, dekat sini pada 25 September 2013.

 

Kemenangan tujuh wiket ke atas Mumbai memastikan Bright Sports menduduki tangga kedua saingan untuk bertemu Mumbai sekali lagi dalam babak separuh akhir di gelanggang sama pada 27 September.

 

Pasukan tuan rumah, Melayu Malaysia pula akan bertemu juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam satu lagi separuh akhir di Bayuemas Oval. Dalam satu lagi perlawanan pusingan awal di gelanggang sama, Chilaw Marians mengatasi Melayu Malaysia dengan lapan wiket .

 

''Kami akan mengekalkan prestasi terbaik untuk terus mengecewakan Mumbai bagi kemaraan ke perlawanan akhir,'' kata ketua rombongan Bright Sports, Mortuza Raihan Mithu.  

 

 

KEPUTUSAN:

 

 

Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 8 wiket.

Melayu Malaysia 91 (29 over) Faiz M. Noor 24, Aminudin Ramly 12.  Asanka Silva 3-10, Dinuk Hettiarachchi 2-12, Malinga Bandara 2-17, Tyron Gamage 2-21.

Chilaw Marians 94-2 (19.3 over) Shehan Fernando kekal 23, Kasun Vidura kekal 21, Ashen Silva kekal 17, Damodaran Rohit 16.    

Pemain terbaik: Asanka Silva (Chilaw Marians).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).

  

Bright Sports kalahkan Mumbai Eleven 77 dengan 7 wiket.

Mumbai Eleven 77 117 (44.2 over) Abdulahad Malek 28, Karansinh Nandey 25, Aniket Redkar 23, Vinit Indulkar 21.  Sazzad Hossain 3-17, Sazzadul Hoque Ripon 3-17.  

Bright Sports 118-3 (27.4 over) Mouin Uddin Rubel 37, Irfaan Shukkur 31, Amit Biswas kekal 28, Sadid Hossain Khan kekal 12.   

Pemain terbaik: Sazzad Hossain (Bright Sports).  

Pengadil: Pradeep Udawaththa (Sri Lanka) dan Bertle James (Malaysia).