Mumbai mudah atasi wakil Sri Lanka

KUALA LUMPUR - Mumbai Eleven 77 meneruskan rentak kemenangan apabila mudah membaham juara bertahan Chilaw Marians dengan enam wiket dalam pertemuan hari kedua saingan kriket Antara Kelab Antarabangsa di Kinrara Oval dekat sini pada 24 September 2013.

 

Dengan hanya melakukan 158 larian dalam 47 over, juara bertahan dari Sri Lanka itu tidak dapat bertahan apabila skuad dari India membalas balik dengan 161-4.

 

''Kami tidak berkeupayaan apabila digegar dengan 30 untuk empat wiket dalam 10 over pertama. Ini merupakan jatuhan wiket yang menyeksa kami,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.

 

Dalam satu lagi perlawanan, tuan rumah Melayu Malaysia kalah tipis tiga wiket kepada wakil Bangladesh, Bright Sports. Sesudah mengetuk sehingga 203 dalam 47.3 over, Melayu Malaysia cuma diatasi pelawat dalam dua baki balingan sahaja.

 

''Aksi yang baik dan semua pemain bekerja keras di padang permainan. Mereka perlu lebih kemas dalam permainan berikut,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Mohidin Hashim.

 

KEPUTUSAN:

 

Bright Sports kalahkan Melayu Malaysia dengan 3 wiket.

Perlawanan dikurangkan kepada 48 over kerana hujan.

Melayu Malaysia 203 (47.3 over) Shafiq Sharif 52, Faiz M. Noor 31, Faris Almas-Lee 27, Nik Azril Arifin 27, Faruq Hakimin Azmi 12.  Sazzad Hossain 4-23, Sazzadul Hoque Ripon 2-16, Ridwan Hossain Palash 2-50.

Bright Sports 204-7 (47.5 over) Sazzadul Hoque Ripon 64, Arif Ahmed 52, Mouin Uddin Rubel 30, Puneet Mehra 27, Ridwan Hossain Palash kekal 13, Sadid Hossain Khan 10.  Nazril A. Rahman 2-33, Faruq Hakimin Azmi 2-49.   

Pemain terbaik: Sazzadul Hoque Ripon (Bright Sports).  

Pengadil: Pradeep Udawaththa (Sri Lanka) dan Hafiz Zaman Huri (Malaysia).

  

Mumbai Eleven 77 kalahkan Chilaw Marians dengan 6 wiket.

Chilaw Marians 158 (47 over) Ashen Silva 55, Malinga Bandara 34, Chathuranga Kumara 28.  Aniket Redkar 3-28, Santosh Saxena 3-36, Pradeep Sachan 2-29.

Mumbai Eleven 77 161-4 (31.6 over) Abdulahad Malek kekal 54, Parag More 40, Karansinh Nandey kekal 26, Salman Rizwan Ahmed 22, Onkar Khanvilkar 14.  Dinuk Hettiarachchi 2-46.  

Pemain terbaik: Abdulahad Malek (Mumbai Eleven 77).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Shafizan Shahriman (Malaysia).