Juara bertahan bermula dengan cemerlang

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka bermula dengan cemerlang pada hari pertama saingan kriket Antara Kelab Antarabangsa apabila menumbangkan Bright Sports dari Bangladesh dengan lima wiket di Kinrara Oval dekat sini pada 23 September 2013,

 

Turut sama bergaya pada pertemuan semalam ialah pendatang baru, Mumbai Eleven 77 dari India yang mengalahkan Melayu Malaysia dengan lapan wiket di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Klang.

 

Kejohanan bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji yang menawarkan hadiah wang tunai RM80,000 itu turut diadili dua pengadil antarabangsa dari Sri Lanka, Asoka de Silva dan Pradeep Udawaththa di samping empat pengadil tempatan bertauliah.

 

Chilaw Marians mengejar sasaran Bright Sports dalam 39.5 over dengan Chathuranga Kumara kekal dengan 77 larian sekali gus memastikan skuad juara itu melakukan 214-5.

 

Melayu Malaysia yang bermula dengan meyakinkan apabila pembuka pukulan, Haziq Zainuddin (29 larian) dan Anwar Arudin (50) bergandingan tegap tidak berupaya mengumpulkan angka tinggi; hanya setakat 165 dalam 43.4 over. Kehilangan dua wiket awal sewaktu memukul tidak menyekat Mumbai untuk mengatasi lawan dalam 33.5 over.

 

''Kami yakin untuk mara dengan baik dan mahu terus menang,'' kata pengurus skuad Mumbai, Girish Patki.

 

KEPUTUSAN:

 

Mumbai Eleven 77 (India) kalahkan Melayu Malaysia dengan 8 wiket.

Melayu Malaysia 165 (43.4 over) Anwar Arudin 50, Haziq Zainudin 29, Shafiq Sharif 16, Suharril Fetri Shuib 15.  Aniket Redkar 4-23, Salil Agharkar 3-26, Karansinh Nandey 2-36.

Mumbai Eleven 77 167-2 (33.5 over) Vinit Indulkar kekal 70, Dhiren Salvi kekal 58, Asadullakhan Pathan 19.  Nazril A. Rahman 2-26. 

Pemain terbaik: Vinit Indulkar (Mumbai Eleven 77).  

Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Bertle ‘Alex’ James (Malaysia).

  

 

Chilaw Marians (Sri Lanka) kalahkan Bright Sports (Bangladesh) dengan 5 wiket.

Bright Sports 211-7 (50 over) Mouin Uddin Rubel 90, Arif Ahmed 53, Amit Biswas 19. Malinga Bandara 3-33.

Chilaw Marians 214-5 (39.5 over) Chathuranga Kumara kekal 77, Ashen Silva 45, Kasun Vidura 38, Samantha Fernando 20. Sazzad Hossain 2-28.   

Pemain terbaik: Chathuranga Kumara (Chilaw Marians).  

Pengadil: Pradeep Udawaththa (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).