SMK Tinggi Kajang juara lagi

 


KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang masih perkasa dan kemenangan menumbangkan SMK Penang Free dengan ining dan 37 larian dalam babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran pada 8 September membuktikan skuad juara bertahan tetap kental untuk bergelar juara.

 

Pertemuan dua ining bermula 7 September di gelanggang kriket antarabangsa Bayuemas Oval dekat sini menyaksikan pasukan dari Kajang itu menghimpunkan 171-9 dalam ining pertama setelah lawan cuma mengumpulkan 67 larian setelah digegar serbuan pada awal perlawanan,

 

Pada hari kedua, SMK Penang Free masih tidak berkemampuan kerana mengumpulkan 67 larian lagi sekali gus tertiarap untuk kemenangan mudah penyandang juara.

 

''Kami menjangkakan boleh menang mudah apabila melihat kepada pencapaian hari pertama. SMK Penang Free perlu berusaha memperkemaskan pasukan untuk saingan tahun depan,'' kata penyelaras SMK Tinggi Kajang, Tan Eng Hui.

 

KEPUTUSAN PENUH:

 

Ining pertama:

SMK Penang Free 67 (36.2 over) Afnan Ghazali 36.  Fatah Ibrahim 7-12, Anwar A. Rahman 2-20. 

SMK Tinggi Kajang 171-9 (60 over) Irfan Ruzdi 41, Wafiq Irfan Zarbani 37, Akmal Aizat Sham 27, Sudarmin Darwis 14, Anwar A. Rahman 14.  Faiz Ahmad Nasir 3-25, Mahadi Muda 3-27.

 

Ining kedua: 

SMK Penang Free 67 (37.5 over) Faiz Ahmad Nasir 19, Norhamizan Hamidon 14, Mahathir Razali 11.  Wafiq Irfan Zarbani 5-19, Akmal Aizat Sham 2-3, Irfan Ruzdi 2-24.

Keputusan: SMK Tinggi Kajang menang ining dan 37 larian.

Pemain terbaik kejohanan: Irfan Ruzdi (SMK Tinggi Kajang).

ANGGOTA pasukan SMK Tinggi Kajang meraikan kejayaan menjadi juara Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Bayuemas Oval, Klang pada 8 September.. Turut sama Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim (tengah).