SMK Tinggi Kajang dahului 104 larian



KLANG - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang mendahului Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free dengan 104 larian pada hari pertama babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Bayuemas Oval di sini pada 7 September.

 

Setelah memenangi undian dan bergegas untuk memadang, SMK Tinggi Kajang menamatkan ining pertama lawan dengan 67 larian dalam hanya 36.2 over. Pembaling pembukaan kelahiran Kelantan, Fatah Ibrahim membaham tujuh mangsa SMK Penang Free manakala pemutar kebangsaan dari Negeri Sembilan, Anwar A. Rahman, dua wiket.

 

SMK Tinggi Kajang menghabiskan maksimum 60 over ining pertama pada kedudukan 171-9 dengan pemain serba boleh, Irfan Ruzdi bergaya dengan 41 larian.

 

KEPUTUSAN:

 

Ining pertama:


SMK Penang Free 67
(36.2 over) Afnan Ghazali 36.  Fatah Ibrahim 7-12, Anwar A. Rahman 2-20. 

SMK Tinggi Kajang 171-9 (60 over) Irfan Ruzdi 41, Wafiq Irfan Zarbani 37, Akmal Aizat Sham 27, Sudarmin Darwis 14, Anwar A. Rahman 14.  Faiz Ahmad Nasir 3-25, Mahadi Muda 3-27.

 

SMK Tinggi Kajang mendahului dengan 104 larian.

 

PEMUTAR kiri SMK Tinggi Kajang, Irfan Ruzdi menyerbu pemukul SMK Penang Free pada hari pertama babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Bayuemas Oval pada 7 September. - Gambar ASWAD YAHYA