Bayuemas atasi Ipoh untuk kekalkan kejuaraan

KLANG - Bayuemas terus mengungguli Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila membenam Ipoh dengan 27 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 8 Jun 2013.

Setelah dipaksa memukul oleh Ipoh, Bayuemas dari Selangor bermula dengan baik dengan kegarangan menguasai lapangan tengah terutama sekali menghasilkan 75 larian dalam gandingan wiket pertama.

 

Dengan pelbagai aksi pukulan kemas, Bayuemas dari Selangor menamatkan 25 over dengan angka 145-4 di papan catatan

Ipoh sekadar mengejar setakat 118-7 dalam peruntukan maksimum setelah pulih daripada kedudukan 80-6 pada suatu ketika.

''Apapun kami berpuas hati walaupun tumbang dalam babak akhir. Melepasi pusingan kelayakan dan layak sebagai finalis adalah permulaan terbaik setelah sepuluh tahun tidak mengambil bahagian,'' kata penyelaras Ipoh, Nor Azlan Shah Redhun.

Ketua kontinjen Bayuemas, Affanizam Hamdan pula menjanjikan aksi yang lebih hebat musim depan untuk mengekalkan Perisai Tun Ahmad Sarji bagi tahun ketiga.

 

 

KEPUTUSAN: 

 

Bayuemas kalahkan Ipoh dengan 27 larian.

Bayuemas 145-4 (25 over) Haziq Farhan Aziyan 48, Nabil Azhar 32, Aliff Zamri 19, Vijay Unni Suresh 12.  Haziq Rozziano 2-22.

Ipoh 118-7 (25 over) Hisyamuddin Osman 33, Muaz Abu Yazid 20, Izzat Muqri Zaki kekal 17, Aslam Khan Malik15.  Vijay Unni Suresh 3-22, Aliff Zamri 2-15, Haziq Farhan Aziyan 2-22.

Pemain terbaik perlawanan akhir: Haziq Farhan Aziyan (Bayuemas).

Pemain terbaik kejohanan: Haziq Farhan Aziyan (Bayuemas).

Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) & Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan).

Pencatat: Tomas Labe (Sarawak)