Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran

PEMAIN Penang Free mengemukakan rayuan untuk memastikan kapten VI, Faizshal Niaz-Lyn (dua dari kanan) dikeluarkan dalam pertemuan hari kedua pada 19 April di Oval Victoria, Kuala Lumpur.Penang Free mudah tumbangkan VI

KUALA LUMPUR, 19 April - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free menayangkan kagarangan dengan membaham Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI), Kuala Lumpur dengan ining dan 68 larian dalam

Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Oval Victoria , hari ini.

Walaupun ketiadaan tiga pemain utama, Fikri Makram Rosdi, Keithan Goonasagaran dan Zaid Asyraf Norazmi yang kini mewakili skuad bawah 19 negara pada Piala Asia di Kuwait, barisan utara itu tidak terkecuali melonjakkan keperkasaan barisan itu yang turut sama menumpaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dengan ining dan 112 larian di Oval Frees, Pulau Pinang minggu lepas.

‘’Kami ingin merangkul gelaran secara hatrik setelah menang kejuaraan sejak 2007,’’ kata pengurus Penang Free, Hairol Amin Salim semalam.

Pembuka pukulan, Adib Rahim terlepas peluang mencapai pukulan seratus tetapi bergaya dengan angka 99 dalam ining awal semalam untuk mengheret SMK Penang Free melakukan 275-9 dalam peruntukan terhad 65 over pada ining pertama.

‘’Pemain kami rata-rata dalam tingkatan satu dan dua kerana sebahagian pemain yang telah mewakili pasukan peringkat usia negara telah berpindah ke sekolah biasa awal tahun ini.

‘’Apa pun kami masih memusatkan tumpuan untuk mara ke babak akhir Julai depan,’’ kata pengurus VI, Wan Khairul Anuar Irwan Wee.

VI yang memenangi kejuaraan mulai 2004 hingga 2006 tersungkur prestasi mulai 2007 di samping terkeluar perhitungan dalam perlawanan akhir yang saban tahun berlangsung di Bayuemas Oval; gelanggang antarabangsa yang diiktirafkan oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

Dalam ining pertama semalam, sekolah berkenaan hanya mengumpulkan 98 larian ditokok dengan 109 lagi dalam ining berikutnya hari ini.

‘’Tiada apa yang istimewa sehingga kemenangan besar dicapai oleh Penang Free kecuali kegagalan VI meneguhkan iningnya.

‘’Lagi pun pemukul gagal melakukan aplikasi sempurna di lapangan tengah,’’ kata bekas pemain kebangsaan, Sham Jalil.

Pertemuan seterusnya antara VI dengan SMK Tinggi Kajang pada 9 dan 10 Mei di Oval Victoria .


KEPUTUSAN:

SMK Victoria seri dengan SMK Tinggi Kajang pada 21 dan 22 Februari.

Ining pertama:
SMK Victoria 197-9
(65 over) Faizshal Niaz-Lyn 47, Adzim Yahaya 28, Sivanantha Gobal Krishnan 22. Azwan Idris 3-30, Amiruddin Azahar 2-19.
SMK Tinggi Kajang 79 (24.5 over) Asyraf A. Rahman 16, Bakri Amin Zulkifeli 12. Ramdan Samsudin 7-33.

Ining kedua:
SMK Tinggi Kajang 220
(79.3 over) Faizal Tokiran 42, Bakri Amin Zulkifeli 41, Asyraf A. Rahman 41. Alif Safwan Zol 2-26, Faizshal Niaz-Lyn 2-30, NIk Nabil Anuay 2-59.

SMK Penang Free kalahkan SMK Tinggi Kajang dengan ining dan 112 larian pada 11 dan 12 April.
Ining pertama:
SMK Tinggi Kajang 63
(59.4 over) Azwan Idris 13. Ahmad Zahid Adnan 4-8, Pavithren Nadaesan 2-10.
SMK Penang Free 216-8 (65 over) Kavintheran Kumar kekal 58, Tharma Raj CM kekal 34. Pavithren Nadaesan 25, Fazrin Kate-Lee 21, Ahmad Zahid Adnan 20. Asyraf A. Rahman 3-57, Faizal Tokiran 2-32, Amiruddin Azahar 2-37.

Ining kedua:
SMK Tinggi Kajang 41
(27 over) Tharma Raj CM 3-9, Nazril A. Rahman 3-10.

SMK Penang Free kalahkan SMK Victoria dengan ining dan 68 larian.
Ining pertama:
SMK Victoria 98
(43 over) Sivanantha Gobal Krishnan 35, Noor Afif Saufee 16. Ahmad Zahid Adnan 3-18, Nazril A. Rahman 3-26.
SMK Penang Free 275-9 (65 over) Adib Rahim 99, Nazril A. Rahman 58, Tharma Raj CM kekal 35, Ahmad Zahid Adnan 30. Norharif Hamidon 4-57, Sivanantha Gobal Krishnan 2-34.

Ining kedua:
SMK Victoria 109
(42.4 over) Adzim Yahaya 29, Sivanantha Gobal Krishnan. Nazril A. Rahman 4-32, Pavithren Nadaesan 2-21.

PEMAIN Penang Free mengemukakan rayuan untuk memastikan kapten VI, Faizshal Niaz-Lyn (dua dari kanan) dikeluarkan dalam pertemuan hari kedua pada 19 April di Oval Victoria, Kuala Lumpur.

PEMAIN Penang Free mengemukakan rayuan untuk memastikan kapten VI, Faizshal Niaz-Lyn (dua dari kanan) dikeluarkan dalam pertemuan hari kedua pada 19 April di Oval Victoria, Kuala Lumpur.

 

PEMBALING pembukaan Penang Free, Nazril A. Rahman menyerbu pemukul lewat VI dalam pertemuan hari kedua di Oval Victoria, 19 April 2009.

PEMBALING pembukaan Penang Free, Nazril A. Rahman menyerbu pemukul lewat VI dalam pertemuan hari kedua di Oval Victoria, 19 April 2009.