Bayuemas lawan Ipoh dalam babak akhir

KLANG - Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor meneruskan kemaraan ke babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan setelah menang mudah dengan sembilan wiket ke atas wakil Sabah, Kota Kinabalu di Bayuemas Oval di sini pada 7 Jun 2013.
 
Bayuemas akan bertemu pendatang baru, Ipoh yang secara memeranjat menumbangkan Gemencheh dengan 28 larian dalam perlawanan sebelah petang juga di gelanggang sama.
 
Ipoh yang menyertai pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu setelah mengharungi pusingan kelayakan pada April lepas, berjaya mengumpulkan 159-6 dalam peruntukan maksimum 25 over. Gemencheh menghadapi kesukaran dan hanya berdaya untuk mengejar setakat angka 131.
 
Kota Kinabalu  pula yang memukul terdahulu hanya melakukan 57 larian manakala Bayuemas mengatasi angka berkenaan dalam 18.3 over.

 
KEPUTUSAN:
 
Bayuemas kalahkan Kota Kinabalu dengan 9 wiket.
Kota Kinabalu 57
(18.3 over) Aidiel Afzan S. Rizuan 12, Farhan Matussin 11.  Haziq Farhan Aziyan 4-19, Aliff Zamri 3-8.
Bayuemas 58-1 (10 over) Haziq Farhan Aziyan 25, Vijay Unni Suresh kekal 10.
Pemain terbaik: Haziq Farhan Aziyan (Bayuemas).
Pengadil: Norharif Hamidon (Selangor) & Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan).
 
Ipoh kalahkan Gemencheh dengan 28 larian.
Ipoh 159-6
(25 over) Aslam Khan Malik 64, Sandesh Supparamaniam 25, Azim Hafis Arfae 18, Aidil Iman Yahaya kekal 14.
Gemencheh 131 (25 over) Nur Ainoll Aziz kekal 34.  Haziq Rozziano 3-15, Aslam Khan Malik 3-27, Mas Elysa Yasmin Zulkifli 2-27.    
Pemain terbaik: Aslam Khan Malik (Ipoh).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor)