Wakil Negeri Sembilan layak ke separuh akhir

KUALA LUMPUR -  Gemencheh memastikan tempat ke separuh akhir sekali gus mengetuai kumpulan B dengan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Kota Kinabalu dengan 110 larian dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 Jun 2013.
 
Dengan kemenangan besar itu, Gemencheh (Negeri Sembilan) akan menentang Ipoh dari Perak manakala juara bertahan, Bayuemas (Selangor) bertemu Kota Kinabalu (Sabah) dalam penentuan ke babak akhir. Kedua-dua perlawanan 25 over itu berlangsung di gelanggang antarabangsa di Bayuemas Oval.

 

 
''Kami mahu menjadi juara dan jaguh seperti mana Gemencheh sepuluh tahun lepas,'' kata penyelarasnya, Norazmi Che Lah.
 
Kejohanan kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk merebut Perisai Tun Ahmad Sarji itu dimulakan sejak tahun 1999 juga menyediakan hadiah wang tunai lumayan kepada juara, naib johan dan dua lagi pasukan yang mara ke separuh akhir.
 
KEPUTUSAN:
 
Bayuemas kalahkan Machang dengan 102 larian.
Bayuemas 177-3
(25 over) Haziq Farhan Aziyan 58, Nabil Azhar 51, Vijay Unni Suresh kekal 17.  Rahman Razali 2-31.
Machang 75 (16.5 over) Amirrudin M. Zuri 34, Aliff Zamri 4-17, Thaqif Ukasyah Syukran Fadzli 2-18, Ridhuwan Shamsul 2-26.
Pemain terbaik: Nabil Azhar (Bayuemas).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur) & Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).
 
Ipoh kalahkan Kuala Lipis dengan 7 wiket.
Kuala Lipis 57-9
(25 over) Zam Firdaus Nizam 10.  Haziq Rozziano 3-4, Mas Elysa Yasmin Zulkifli 3-16, Aidil Iman Yahya 2-15.
Ipoh 58-3 (13.1 over) Muaz Abu Yazid 17, Haziq Rozziano 15.  Nasrullah Saiful Bahari 3-8.
Pemain terbaik: Mas Elysa Yasmin Zulkifli (Ipoh).
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor) & Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).
 
Kuala Langat kalahkan Parit Jawa dengan 8 wiket.
Parit Jawa 41
(15.4 over) Amirul Syahmi Rahmat Shah 10.  Haiqal M. Khair 4-8, Amin Kamaruddin 3-8, Zamarul Adzrif Azimat 2-12.
Kuala Langat 45-2 (10.3 over) Alif Hakimi Mustakim kekal 17.
Pemain terbaik: Haiqal M. Khair (Kuala Langat).
Pengadil: Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
Gemencheh kalahkan Kota Kinabalu dengan 110 larian.
Gemencheh 167-6
(25 over) Su’aidi Ahmad Razali kekal 62, Nur Ainoll Aziz 42.  Farhan Matussin 2-33.
Kota Kinabalu 57-8 (25 over) Abdul Khairi Japar 11, Hasif Zainudin 10.  Farouq Mustakim 2-6, Afiqah Fatin Farhana Azman 208, Su’aidi Ahmad Razali 2-9.
Pemain terbaik: Su’aidi Ahmad Razali (Gemencheh).
Pengadil: Norharif Hamidon (Selangor) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
HARI INI - SEPARUH AKHIR
 
Bayuemas lwn Kota Kinabalu
(Mulai 9 pagi)
 
Gemencheh lwn Ipoh
(Mulai 2.30 petang)
 
*Semua perlawanan di Bayuemas Oval