Gemencheh, Bayuemas capai kemenangan lagi

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor meneruskan rentak kemenangan apabila menang mudah tujuh wiket ke atas Ipoh dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 5 Jun 2013.
 
Turut sama mengiringi Bayuemas yang memenangi dua kemenangan berturut-turut ialah wakil Negeri Sembilan, Gemencheh yang menewaskan finalis tahun lalu, Kuala Langat dengan lima wiket di Kajang Oval.

 

 
Parit Jawa dari Johor sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan B tidak berupaya mencatat kejayaan ketika berdepan Kota

Kinabalu (Sabah) apabila hujan menghentikan permainan. Parit Jawa melakukan 168-4 dan lawan hanya membalas dengan 17-1 dalam tujuh over.
 
Machang dari Kelantan pula menang perlawanan pertama apabila membaham Kuala Lipis dengan 83 larian tetapi berhadapan tugas berat dengan Bayuemas dalam pertemuan terakhir kumpulan A pada 6 Jun 2013.
 
''Ujian getir apabila menentang juara bertahan dan kami hanya boleh mara jika dapat mengatasi Bayuemas,'' kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.
 
KEPUTUSAN:
 
Bayuemas kalahkan Ipoh dengan 7 wiket.
Ipoh 106
(23.5 over) Amir Azim Shukor 29, Sandesh Supparamaniam 18, Hisyamuddin Osman 12.  Vijay Unni Suresh 3-10, Aliff

Zamri 2-9, Arif Akhtar Aziz 2-14.  
Bayuemas 108-3
(19.1 over) Aliff Zamri kekal 31, Haziq Farhan Aziyan 18, Arif Akhtar Aziz 12.  Sandesh Supparamaniam 2-17.
Pemain terbaik: Aliff Zamri (Bayuemas).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Bertle 'Alex' James (Negeri Sembilan).
 
Machang kalahkan Kuala Lipis dengan 83 larian.
Machang 129-7
(25 over) Amirrudin M. Zuri 25, Ikhmal Wan Yusoff 20, Imran Suzaimi 15, Hakim Harisan 13.  Nasrullah Saiful

Bahari 3-29, Nasir Johori 2-13.
Kuala Lipis 46
(17 over) Imran Suzaimi 4-8, Rahman Razali 2-10.
Pemain terbaik: Imran Suzaimi (Machang).
Pengadil: Norharif Hamidon (Selangor) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
Gemencheh kalahkan Kuala Langat dengan 5 wiket.
Kuala Langat 111-9
(25 over) Zamarul Adzrif Azimat 14, Alif Hakimi Mustakim 13, Amin Kamaruddin 12.  Hamizan Harman 4-19, Farouq Mustakim 2-14.
Gemencheh 115-5 (18 over) Azim Hafis Arfae 30, Su’aidi Ahmad Razali kekal 11, Nur Ainoll Aziz 11.  Haiqal M. Khair 2-25.
Pemain terbaik: Hamizan Harman (Gemencheh).
Pengadil: Hazwan Rasyid Sabri (Pahang) & Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).

Perlawanan antara Parit Jawa dengan Kota Kinabalu tiada keputusan kerana hujan.
Parit Jawa 168-4
(25 over) Aidil Muzzammil Zammani 45, Farhan Farooq Khan Aziz 27, Idham Hayuszaimi kekal 19, Amsyar Alias 18.
Kota Kinabalu 17-1 (7 over).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur) & Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).