Kota Kinabalu atasi Kuala Langat dengan 40 larian

KUALA LUMPUR - Finalis tahun lepas, Kuala Langat dari Selangor tewas mengejut kepada Kota Kinabalu dengan 40 larian dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 4 Jun 2013.
 
Gemencheh dari Negeri Sembilan pula menayang kegarangan dengan kemenangan enam wiket ke atas Parit Jawa; juga di gelanggang sama.
 
Kota Kinabalu yang kembali menyertai pertandingan itu hanya melakukan 107 larian tetapi sewaktu sesi mengejar, Kuala Langat kurang berdaya dan menamatkan pukulan pada angka 67.
 
''Kami akan kembali untuk memenangi perlawanan seterusnya. Semua tidak menjadi dalam perlawanan pembukaan ini,'' kata penyelaras Kuala Langat, Jacob Mathews.
 
Wakil Johor, Parit Jawa yang layak ke separuh akhir musim lalu, tersungkur tanpa diduga kepada Gemencheh yang sekali gus meletakkan penyelarasnya, Salim Hussin dalam keadaan tertekan untuk menghadapi dua lagi perlawanan pusingan awal.
 
Juara bertahan, Bayuemas dari Selangor mengatasi Kuala Lipis dari Pahang dengan 84 larian manakala Ipoh dengan bersemangat menewaskan Machang dari Kelantan dengan 116 larian di Kajang Oval.


 
KEPUTUSAN
 
Bayuemas kalahkan Kuala Lipis dengan 84 larian.
Bayuemas 153-7 (25 over)
Nabil Azhar 39, Vijay Unni Suresh 16, Haziq Farhan Aziyan 15, Arif Akhtar Aziz 14, Azzrelmi Aman Abdul 14.  Nasrullah Saiful Bahari 2-29, Nasir Johori 2-22.
Kuala Lipis 69-4 (25 over) Zafrie Ezman Zaki 17.  Alif Zamri 2-4.
Pemain terbaik: Nabil Azhar (Bayuemas).
Pengadil:  Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur).

Ipoh kalahkan Machang dengan 116 larian.
Ipoh 178-7 (25 over)
Amir Azim Shukor 47, Sandesh Supparamaniam 35, Hisyamuddin Osman 32, Aslam Khan Malik 16.  Nuzul Irfan Shah Said Akbar 2-26, Amirrudin M. Zuri 2-27.
Machang 62 (15.4 over) Haziq Rozziano 4-6, Amir Azim Shukor 3-9, Sandesh Supparamaniam 2-12.
Pemain terbaik: Amir Azim Shukor (Ipoh).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Kuala Lumpur) & Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).
 
Gemencheh kalahkan Parit Jawa dengan 6 wiket.
Parit Jawa 110-9 (25 over)
Amsyar Alias 32, Idham Hayuszaimi 15, Harith Ezwan Hazri 10.  Farouq Mustakim 4-21, Nur Ainoll Aziz 2-13.
Gemencheh 112-4 (13.4 over) Azim Hafiz Arfae 21, Su’aidi Ahmad Razali 19, Faqhrul Asyraf Nordin 18.  Shamsul Ikmal Shamsul Azman 2-27.
Pemain terbaik: Farouq Mustakim (Gemencheh).
Pengadil: Bertle 'Alex' James (Negeri Sembilan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
Kota Kinabalu kalahkan Kuala Langat dengan 40 larian.
Kota Kinabalu 107 (24.5 over)
Abdul Khairi Japar 25, Aidiel Afzan S. Rizuan 16, Farhan Matussin 10.  Alif Hakimi Mustakim 2-7, Haiqal M. Khair 2-9, Zamarul Adzrif Azimat 2-19.  
Kuala Langat 67 (20.2 over) Alzul Fikri Landang 3-15, Syahiran Saidi 3-18, Abdul Khairi Japar 2-5.
Pemain terbaik: Abdul Khairi Japar (Kota Kinabalu).
Pengadil: Bertle 'Alex' James (Negeri Sembilan) & Norharif Hamidon (Selangor).