Ipoh kembali selepas 10 tahun

KUALA LUMPUR - Ipoh kembali menyertai saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila melepasi pusingan kelayakan di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar Klang pada 27 April 2013.
 
Ipoh kali terakhir menyertai pertandingan pada pada 2003.
 
Dalam pertemuan kelayakan tiga penjuru itu, Pekan (Pahang) terkeluar daripada pertandingan setelah dibenam Ipoh dan Gemencheh dari Negeri Sembilan.
 
Gemencheh memenangi kedua-dua pertemuan.
 
''Kami akan kembali dengan penumpuan layak ke separuh akhir,'' kata penyelaras Ipoh, Nor Azlan Shah Redhun.
 
Juara bertahan, Bayuemas dari Klang akan mengetuai kumpulan A dalam kejohanan sebenar pada 4 hingga 8 Jun. Tiga lagi pasukan kumpulan berkenaan ialah Machang dari Kelantan, Ipoh dan Kuala Lipis (Pahang).
 
Kumpulan B pula ialah Kuala Langat dari Selangor, Parit Jawa (Johor), Gemencheh (Negeri Sembilan) dan Kota Kinabalu (Sabah).
 
KEPUTUSAN:
 
Gemencheh kalahkan Ipoh dengan 3 wiket.
Ipoh 133-5
(20 over) Amir Azim Shukor 51, Aslam Khan Malik kekal 26.  Azim Hafiz 2-18, Farouq Mustakim 2-27.
Gemencheh 136-7 (19.5 over) Su’aidi Ahmad Razali 42, Faqrul Asyraf Nordin kekal 28, Azim Hafiz 15.  Amir Azim Shukor 2-25.
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Zaidan Taha Hasim (Kuala Lumpur).
 
Gemencheh kalahkan Pekan dengan 1 wiket.
Pekan 91-8
(20 over) Irfan Saberi kekal 19, Fikri Haziq Husaidi 14.  Su’aidi Ahmad Razali 3-9 (hat trick), Farouq Mustakim 2-8.
Gemencheh 92-9 (17.5 over) Farouq Mustakim kekal 28, Su’aidi Ahmad Razali 16.  Ikhwan Ramli 3-14, Nasir Johari 3-14, Irfan Saberi 2-8.
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor).
 
Ipoh kalahkan Pekan dengan 7 wiket.
Pekan 82
(17.2 over) Iezat Daniel Fiqri Ahmad 15, Nashrullah Saleh 11.  Aidil Aiman Yahya 4-20, Amir Azim Shukor 2-11, Fadly Sharifudin 2-12.
Ipoh 83-3 (15.4 over) Anas Hamdi 30, Sandesh Supparamaniam kekal 11, Muaz Abu Yazid 11, Aslam Khan Malik kekal 10.
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Redzuan Shahadan (Selangor).