Sri Lanka menang besar untuk pertahan gelaran

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.KUALA LUMPUR - Sri Lanka mengekalkan kejuaraan bagi tahun keenam berturut-turut dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan besar; 102 larian ke atas Afrika Selatan dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 13 April 2013.
 
Afrika Selatan ternyata tersalah percaturan apabila memilih untuk memadang sesudah memenangi undian pada sesi pagi.
 
Keperkasaan Sri Lanka sebagai sebuah skuad juara terserlah dengan pengumpulan 228 larian untuk tujuh wiket. Avishka Fernando mengetuk 85 untuk memastikan skuad berkenaan teguh sewaktu memadang kelak.
 
Afrika Selatan bermula dengan baik tetapi tersungkur setakat 28.1 over untuk memberikan kejuaraan lagi kepada Sri Lanka.
 
''Ini merupakan kejayaan selesa untuk mempertahankan Trofi Tuanku Ja'afar sejak tahun 2008. Kami akan terus menguasai saingan ini lagi pada musim seterusnya,'' kata pengurus Sri Lanka, Mervyn Jayarathna.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan kejohanan ini sejak tahun 2004. Melayu Malaysia merangkul kejuaraan pada tahun 2007.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 102 larian.
Sri Lanka 228-7
(40 over) Avishka Fernando 85, Damitha Naween 40, Sammu Ashan 37, Nipun Lakshan 25, Ashera Mishen Silva kekal 10, Kaweesh Dilranga 10.  Mike Mavovana 3-56, Suhail White 2-32.
Afrika Selatan 126 (28.1 over) Jesse Christensen 36, Gavin Kaplan 29, Hamza Saloojee 13, Mike Mavovana 12, Tyla Scarles 10, Callum Diem 10.  Kamindu Dilanka 3-17, Sammu Ashan 2-29.   
Pemain terbaik babak akhir: Avishka Fernando (Sri Lanka).
Pemain terbaik kejohanan: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur).
Referi perlawanan: Salim Hussin (Johor).

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.