Afrika Selatan layak bertemu juara bertahan

KUALA LUMPUR - Sri Lanka mempertahankan kedudukan untuk mara ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan selesa; 123 larian ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Klang pada 12 April 2013.
 
Juara bertahan itu akan bertemu Afrika Selatan (13 April) yang bernasib baik menang dengan satu wiket ke atas India dalam saingan di Kinrara Oval.
 
Apabila mengumpulkan 202 larian untuk lima wiket sewaktu memukul, Sri Lanka menghentikan sesi Melayu Malaysia setakat 79 dalam 31.5 over.
 
Afrika Selatan yang kalah kepada India dalam pusingan awal memastikan mereka ke  babak akhir lagi mengatasi angka lawan (186-9) dalam over terakhir.
 
''Ini merupakan percubaan kami bagi tahun ketiga dan Afrika Selatan akan memastikan persembahan terbaik dalam sejarah penyertaan di Bayuemas Oval,'' kata pengurusnya, Ismail Teladia.

 
KEPUTUSAN:
 
Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 123 larian.
Sri Lanka 202-5
(40 over) Avishka Fernando kekal 106, Kaweesh Dilranga 40, Sammu Ashan 18, Eranga Harith 10, Nipun Lakshan 10.  Hadi Halem 3-38.
Melayu Malaysia 79 (31.5 over) Sudarmin Darwis 13, Shaunvinder Furrah 13.  Damitha Naween 2-14, Sammu Ashan 2-16, Tiron Siva Kumar 2-19.
Pemain terbaik: Avishka Fernando (Sri Lanka).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan).
 
Afrika Selatan kalahkan India dengan 1 wiket.
India 185-4
(40 over) Yash Bhojane 75, Ashay Sardesai 33, Hashir Dafedar kekal 32, Neel Kadam 15.  Mike Mavovana 2-27.
Afrika Selatan 186-9 (39.3 over) Gavin Kaplan 36, Mike Mavovana 32, Suhail White 29, Callum Diem 17.  Hashir Dafedar 2-18.   
Pemain terbaik: Mike Mavovana (Afrika Selatan).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Mat Rani Seman (Kelantan).