Afrika Selatan atasi Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia  terpaksa mengharungi kekalahan kedua apabila tumpas tujuh wiket kepada Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 9 April 2013.
 
Pilihan untuk memukul terdahulu apabila memenangi undian ternyata tidak memihak kepada tuan rumah apabila hanya mengumpulkan 118 dalam 38.5 over.
 
''Pemain tidak dapat menahan kemaraan pemukul lawan yang mengatasi kami tidak sampai 30 over. Untuk pertemuan dengan juara bertahan, Sri Lanka esok, skuad Melayu Malaysia akan memastikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan ini,'' kata pengurus, Khailani A. Jalil.
 
Melayu Malaysia kalah kepada India dengan enam wiket dalam perlawanan pertama manakala ketika bertemu Singapura pada 7 April, skuad tuan rumah menang dengan 77 larian.
 
Dalam satu lagi perlawanan di Kinrara Oval, India terlalu gagah apabila mengatasi Singapura dengan sembilan wiket.

 
KEPUTUSAN:
 
Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 7 wiket.
Melayu Malaysia 118
(38.5 over) Divakaran Santhosam 39, Jihad Fayez Jailani 26.  Michael Cohen 4-17, Jesse Christensen 3-15, Suhail White 2-25.
Afrika Selatan 119-3 (29.3 over) Suhail White kekal 53, Gavin Kaplan 30, Hamza Saloojee 11.  Hadi Halem 2-29.
Pemain terbaik: Suhail White (Afrika Selatan).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan).
 
India kalahkan Singapura dengan 9 wiket.
Singapura 136-9
(40 over) Rohan Rangarajan kekal 66, Mehta Rahil Dharmesh 12, Hanshul Singhania 12, Rohit Thota 10.
India 138-1 (27.2 over) Neel Kadam kekal 72, Shreeraj Gharat 27, Yash Bhojane kekal 23.
Pemain terbaik: Neel Kadam (India).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur) & Mat Rani Seman (Kelantan).