Sri Lanka pertahan kejuaraan

International Under 15 Cricket ChallengeKLANG 5 April - Sri Lanka mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus merangkul Trofi Tuanku Ja'afar apabila mengetepikan Malaysia dengan enam wiket dalam saingan berat sebelah di Bayuemas Oval di sini hari ini.
 
Malaysia terjebak dengan tekanan apabila dipaksa memukul pada sesi pagi dalam sekitaran lembap dan tindakan pelawat yang memenangi undian itu memusnahkan lima wiket skuad negara dalam hanya 5.5 over.
 
''Semua pemukul harapan dipulangkan ke astaka dan Malaysia berada dalam situasi amat tertekan.
 
''Tetapi hasil gandingan pemukul lewat memastikan sedikit kelegaan daripada diaibkan,'' kata pengurus pasukan, Mat Rani Seman.
 
Angka 73 di papan catatan membayangkan kejuaraan mudah bagi Sri Lanka tetapi skuad negara test itu pula menghadapi masalah dengan tiga pemukul awal, Shasheen Fernando (14 larian), Ronaka Ahangamage (4) dan Kausal Mendis (4) dikeluarkan awal.
 
''Berpandukan sasaran rendah, pemukul Sri Lanka pula menggamit masalah dan kemenangan semalam belum boleh dianggap bergaya kerana kehilangan empat wiket,'' kata Bendahari Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, Rohana de Silva.
 
Pemain kerdil dari Moratuwa, Kausal Mendis dinamakan pemain terbaik kejohanan berikutan kecemerlangannya memukul di lapangan tengah.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang menganjurkan kejohanan ini sejak tahun 2004 sebagai pendedahan kepada kesinambungan program pembangunannya akan memastikan sebuah lagi pasukan menyertai pertandingan tahun depan.
 
''Apa pun ini bergantung kepada sokongan penaja seperti Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan dan Island & Peninsular Berhad,'' kata Pegawai Pembangunan Kriket Melayu, Haris Abu Baker.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR:
 
Sri Lanka kalahkan Malaysia dengan 6 wiket.
Malaysia 73 (27.5 over)
Ahmad Tajudin Ismail 16, Fitri Sham 13. Prasanna Jayamanna 3-13, Venuka Ashan 3-19.
Sri Lanka 74-4 (16.1 over) Leo Francisco kekal 26. Fitri Sham 2-13, Kavintheran Kumar 2-25.
 
Pemain terbaik kejohanan: Kausal Mendis (Sri Lanka)
Pemain terbaik babak akhir: Prasanna Jayamanna (Sri Lanka)
 
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS); Poobalan Loganathan (MAS)
Pencatat: Tomas Labe (MAS)

BARISAN Sri Lanka meraikan kecemerlangan mempertahankan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa setelah mengalahkan Malaysia dengan enam wiket di Bayuemas Oval, 5 April 2009.

BARISAN Sri Lanka meraikan kecemerlangan mempertahankan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa setelah mengalahkan Malaysia dengan enam wiket di Bayuemas Oval, 5 April 2009.