Sri Lanka mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka meneruskan kemaraan ke separuh akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa setelah menewaskan India dengan enam wiket di Bayuemas Oval, Klang pada 8 April 2013.
 
Kejayaan itu melengkapkan tiga kemenangan dicapai Sri Lanka dalam pusingan awal dan perlawanan terakhir skuad juara itu ialah menentang Melayu Malaysia pada 10 April.
 
India yang memenangi undian hanya memukul setakat 124 larian dalam 36.2 over. Sri Lanka membalas cuma dalam 22.5 over apabila melakukan 125-4.
 
Dalam satu lagi perlawanan, Afrika Selatan terlalu garang untuk mengatasi Singapura 132 larian di Kinrara Oval.

 
KEPUTUSAN:
 
Sri Lanka kalahkan India dengan 6 wiket.
India 124 (36.2 over) Neel Kadam 31, Hashir Dafedar kekal 27, Yash Bhojane 16, Ashay Sardesai 10, Bhavin Darji 10.  Kamindu Dilanka 2-12, Tiron Siva Kumar 2-22, Sammu Ashan 2-23.
Sri Lanka 125-4 (22.5 over) Sammu Ashan 53, Avishka Fernando 43, Petum Nissanka kekal 10.  Bhavin Darji 3-40.
Pemain terbaik: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) & Mathan Kumar Muniandy (Selangor).

Afrika Selatan kalahkan Singapura dengan 132 larian.
Afrika Selatan 240
(40 over) Tyla Scarles 60, Suhail White 43, Jesse Christensen 41, Hamza Saloojee 26.  Janak Prakash 2-21, Badhe Aryan Kiran 2-30.
Singapura 108-9 (40 over) Rohan Rangarajan 33, Janak Prakash 16.  Hamza Saloojee 2-3, Suhail Williams 2-5.
Pemain terbaik: Tyla Scarles (Afrika Selatan).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur).