Melayu Malaysia atasi Singapura dengan 77 larian

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kembali bersemangat dengan kemenangan 77 larian ke atas Singapura dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 7 April 2013.
 
Setelah kecewa dengan kekalahan enam wiket kepada India pada 6 April, Melayu Malaysia berupaya mengumpulkan 184-9 dalam peruntukan 40 over. Singapura terhenti pukulan setakat 107-9.
 
''Kami akan berusaha mengekalkan persembahan walaupun terpaksa berhadapan Afrika Selatan Selasa ini. Kami lebih bersemangat dengan kemenangan ini,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Khailani A. Jalil.
 
Dalam satu lagi pertemuan,johan tahun lalu, Sri Lanka terlalu gagah buat Afrika Selatan apabila skuad juara itu menang dengan 105 di Kinrara Oval.
 
Pemukul berbadan gempal Sammu Ashan mengetuk 152 larian.

 
KEPUTUSAN
 
Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 77 larian.
Melayu Malaysia 184-9
(40 over) Amdam Wiliyoh 55, Zohorina Zol kekal 28, Sudarmin Darwis 22, Divakaran Santhosam 20.  Badhe Aryan Kiran 3-27, Vikram Ravishankar Vaidya 3-34, Janak Prakash 2-22.
Singapura 107-9 (40 over) Mehta Rahil 44, Sidhant Singh 22.  Hadi Halem 3-16, Trisman Rudi 2-16.
Pemain terbaik: Amdam Wiliyoh (Melayu Malaysia).
Pengadil: Mat Rani Seman (Kelantan) & Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 105 larian.
Sri Lanka 234
(39.2 over) Sammu Ashan 152, Avishka Fernando 18, Eranga Harith 15, Kaweesh Dilranga 13.  Suhail Williams 3-26, Michael Cohen 3-32.
Afrika Selatan 129 (34.6 over) Suhail White 30, Jesse Christensen17, Callum Diem 16.  Kamindu Dilanka 3-15, Damitha Naween 2-18, Sammu Ashan 2-45.
Pemain terbaik: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Mathan Kumar Muniandy (Selangor).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (Selangor).