Sri Lanka baham Singapura dengan 9 wiket

KUALA LUMPUR - Sri Lanka sebagai juara bertahan memenangi pertemuan pembukaan dengan mudah ke atas Singapura dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kinrara Oval, dekat ini pada 6 April 2013.
 
Kemenangan dengan sembilan wiket membuktikan skuad gagah itu sememangnya garang untuk mempertahankan kejuaraan yang simenangi sejak tahun  2008 lagi.
 
Dalam satu lagi perlawanan semalam di Bayuemas Oval, Klang, tuan rumah Melayu Malaysia kalah enam wiket kepada India.
 
Saingan 40 over itu menyaksikan Melayu Malaysia hanya memukul setakat 137 larian untuk lapan wiket manakala India yang dikejutkan awal pada kedudukan 21-3 mengatasi skuad negara dalam 37.2 over.
 
''Ini merupakan permulaan yang tidak begitu baik bagi kami. Apa pun Melayu Malaysia akan membaiki kelemahan dari sudut memadang dalam pertemuan dengan Singapura esok,'' kata pengurusnya, Khailani A. Jalil.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan saingan merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu sejak tahun 2004.

 
KEPUTUSAN:
 
India kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 wiket.
Melayu Malaysia 137-8 (40 over) Shaunvinder Furrah 39, Zohorina Zol kekal 20, Amdam Wiliyoh 17, Divakaran Santhosam 15, Amirul Zubair Zulkifle 11. Ashay Sardesai 4-48, Yash Bhojane 3-21.
India 140-4 (37.2 over) Ashay Sardesai kekal 59. Srujan Athawale 34, Hashir Dafedar kekal 18.  Zohorina Zol 2-19.
Pemain terbaik: Ashay Sardesai (India).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) & Faizshal Niaz-Lyn (MAS).
   
Sri Lanka kalahkan Singapura dengan 9 wiket.
Singapura 72 (28.4 over) Mehta Rahil Dharmesh 15, Chaudhari Parimal Prashant 14.  Eranga Harith 3-9, Sammu Ashan 2-4.
Sri Lanka 73-1 (6.4 over) Sammu Ashan kekal 43, Nipun Lakshan kekal 24.
Pemain terbaik: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pengadil: Bertle ‘Alex’ James (MAS) & Mat Rani Seman (MAS).
 
JADUAL 7 APRIL:
 
Melayu Malaysia lwn Singapura
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
Afrika Selatan lwn Sri Lanka
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)