UKM masih pertahan gelaran

UKM masih pertahan gelaranKLANG - Universiti Kebangsaan Malaysia juara lagi tetapi cemas menyelubungi skuad berkenaan hingga ke wiket terakhir untuk menumbangkan Tentera dengan lapan larian dalam babak akhir Kriket Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval di sini pada 23 Februari.
 
Dengan berbaki 13 balingan untuk mengejar sembilan larian, pemukul ke-10 Tentera, Syazrul Ezat Idrus menghayun tinggi hampir melepasi garis sempadan sebelum ditangkap kemas, pemadang UKM, Haziq Zainuddin bagi menamatkan perlawanan.
 
''Semakin hampir tetapi ia masih jauh untuk mencapai kejuaraan. Tahun depan kami akan berusaha lagi,'' kata penasihat kriket Tentera, Lt. Kol. (B) Gerard D. Singam.
 
UKM bermula dengan tidak meyakinkan apabila berkedudukan 30-4 serta 77-5 tetapi ketahanan pemukul kelima, Shafiq Sharif yang melakukan 74 larian melonjakkan angka UKM menjadi 149 dalam 46.3 over.
 
Dengan 135 untuk enam wiket, Tentera semakin menghampiri sasaran  tetapi malang empat wiket diranapkan hanya dalam enam larian untuk membolehkan UKM mempertahankan kejuaraan.
 
''Saya masih kurang puas hati dengan pencapaian UKM. Banyak ruang akan saya perbetulkan,'' kata jurulatihnya, Mohammed Salah Uddin.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR:

 
UKM kalahkan Tentera dengan 8 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 149
(46.3 over) Shafiq Sharif 74, Fitri Sham 18, Faizal Abu Hassan 14, Faruq Hakimin Azmi 10.  Norwira Zazmie A. Halim 4-21, Syazrul Ezat Idrus 3-13.
Tentera 141 (48 over) Suharril Fetri Shuib 41, Ariffin Ramly 39, Hairil Anuar 20, Norwira Zazmie A. Halim 19.  Nik Azril Arifin 4-17, Shahrulnizam Yusof 3-14.
Pemain terbaik babak akhir: Shafiq Sharif (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Faizal Abu Hassan (UKM).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) dan Mathan Kumar Muniandy (SEL).
Pencatat: Ainnur Shahfudin Roslan (JOH)