Babak akhir: UKM, Tentera bertemu lagi

KUALA LUMPUR - Finalis musim lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Tentera akan bertemu lagi dalam babak akhir Kriket Perisai Raja-Raja pada 23 Februari apabila kedua-dua pasukan melepasi halangan dalam separuh akhir.

Juara bertahan, UKM menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan tujuh wiket di UKM Oval.

''Kami bersedia untuk mengulangi kecemerlangan dan menghadapi Tentera bukanlah tugas mudah. Semua pemain kini bersedia untuk mengulangi kejuaraan,'' kata pembantu jurulatih UKM, Zaid Asyraf Norazmi.

Tentera pula menang dengan 101 larian ke atas Negeri Sembilan berpandukan kaedah Duckworth-Lewis  di Bayuemas Oval.

Negeri Sembilan melakukan 58-5 dalam 24.1 over apabila hujan lebat menghentikan pertemuan separuh akhir itu.


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 101 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 159 larian dalam 30 over.
Tentera 204-7 (50 over) Suharril Fetri Shuib 29, Rashid Ahad 29, Anwar Arudin 25, Nazri M. Noor 19, Shukri A. Rahim 18.  Alif Safwan Zol 2-27, Khairul Izuan Razman 2-35.
Negeri Sembilan 58-5 (24.1 over) Ibrahim Khalil Zakaria 28, Hafiz Zaman Huri 12.  Rashid Ahad 2-15.
Pemain terbaik: Rashid Ahad (TEN).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (KL) dan Bertle ‘Alex’ James (NS).
Pencatat: Ainnur Shahfudin Roslan (JOH)
      
UKM kalahkan UiTM dengan 7 wiket.
UiTM 87
(45.3 over) Nor Azli Karim 31, Tajudin Ismail 13, Faizshal Niaz-Lyn 12, Azman Tajri 10.  Nik Azril Arifin 3-16, Fitri Sham 2-4, Haziq Zainudin 2-10, Shahrulnizam Yusof 2-13,
UKM 90-3 (26 over) Faiz M. Noor kekal 34, Faizal Abu Hassan kekal 26, Fitri Sham 12.  Faeiz Redzuan Tarmizi 2-29.
Pemain terbaik: Faiz M. Noor (UKM).
Pengadil: Poobalan Loganathan (SEL) dan Raviandren Suparmaniam (KL).
Pencatat: Nurnadhirah Nasaruddin (KL)

BABAK AKHIR (23 FEBRUARI)
UKM lwn Tentera
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)