Sabah, UiTM berentap untuk ke separuh akhir

PEMUKUL Kedah, Imran Zarith Zakaria menunggu serbuan lawan dalam pertemuan dengan Sabah di Kajang Oval pada 19 Februari. Penjaga wiket Sabah, Fauzan Malik (kiri) bersedia untuk melakukan pancangan.KUALA LUMPUR - Tiga pasukan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Negeri Sembilan dan Tentera layak ke separuh Kriket Perisai Raja-Raja manakala Sabah dan pendatang baru, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan berentap bagi memastikan satu lagi tempat.
 
Dalam perlawanan 19 Februari, UKM mudah membaham Kelantan dengan 131 larian di UKM Oval dekat sini manakala Tentera menundukkan UiTM dengan 116 larian di Bayuemas Oval.
 
Negeri Sembilan mengekalkan reputasi untuk mara apabila mudah mengetapikan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan 96 larian di Victoria Oval.
 
Di Kajang Oval, Sabah mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan lapan wiket ke atas Kedah.
 
''Kami bersedia untuk mara dalam pertemuan terakhir kumpulan. Rasa-rasanya dengan gandingan pemain muda, Sabah boleh melonjakkan kepastian apablla menentang UiTM,'' kata pengurus Sabah, Haerul Marsudin.

 
KEPUTUSAN:
 
Tentera kalahkan UiTM dengan 116 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 42 over kerana hujan.
Tentera 150-9
(42 over) Norwira Zazmie A. Halim 31, Shukri A. Rahim 30, Suharril Fetri Shuib 27, Syazrul Ezat Idrus 12, Rashid Ahad 10.  Muazzam Hadi 3-20, Faeiz Redzuan Tarmizi 3-28.
UiTM 34 (21.3 over) Faizshal Niaz-Lyn 8, Syahadat Ramli 7.  Suharril Fetri Shuib 4-2, Syazrul Ezat Idrus 3-20, Shukri A. Rahim 2-8.
Pemain terbaik: Suharril Fetri Shuib (TEN).
Pengadil: M. Redzuan Shahadan (SEL) dan Mathan Kumar Muniandy (SEL)
UKM Oval

UKM kalahkan Kelantan dengan 131 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 193 larian dalam 43 over.
UKM 204-8
(50 over) Faizal Abu Hassan 80, Aliman Ahmad kekal 22, Fitri Sham 18, Nik Azril Arifin 14, Haziq Zainudin 14, Faruq Hakimin Azmi 12, Faiz M. Noor 12.  Amiruddin Azahar 2-28, Fatah Ibrahim 2-34, Mahathir Razali 2-43.
Kelantan 62 (35.3 over) Amiruddin Azahar 13.  Haziq Zainudin 4-10, Nik Azril Arifin 3-14.
Pemain terbaik: Faizal Abu Hassan (UKM).
Pengadil: Dr. Paleswaran M. Rajah (NS) dan Raviandren Suparmaniam (KL).
 
Negeri Sembilan kalahkan TLDM dengan 96 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 45 over kerana hujan.
Negeri Sembilan 168-9
(45 over) Azwar Tajri 63, Muzamir Kamarulzaman 32, Badrul Hisham Bokhtian 18, Anwar A. Rahman 10.  Rudy Ismandi Mansor 3-31, Nazirul Izuddin A. Halim 2-25.
TLDM 72 (27.2 over) Jamislan Abdul Jalil 14, Nazirul Izuddin A. Halim 14, Saifolnizam Md. Zuki 11, Norzaifee Zainal 10.  Anwar A. Rahman 5-12, Ridzuan Samsuri 2-18, Hadi Halem 2-19.
Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (NS).
Pengadil: Bertle ‘Alex’ James (NS) dan Nai Prasanet Soom Chok (KL).
 
Sabah kalahkan Kedah dengan 8 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 37 over kerana hujan.
Kedah 146-8
(37 over) Badrul Naim M. Noor 49, Shakir Idzeraf Mat Tajudin 24, Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 14.  Afiq Jabri Bahri 4-57, Roszaidi Roslan 3-19.
Sabah 147-2 (32.4 over) Noor Afif Saufee bersara 64, Hamzimifzal Puad 41.
Pemain terbaik: Noor Afif Saufee (Sabah).
Pengadil: Zahlan Abu Hassan (Melaka) dan Poobalan Loganathan (Selangor).

PEMUKUL Kedah, Imran Zarith Zakaria menunggu serbuan lawan dalam pertemuan dengan Sabah di Kajang Oval pada 19 Februari. Penjaga wiket Sabah, Fauzan Malik (kiri) bersedia untuk melakukan pancangan.

PEMUKUL Kedah, Imran Zarith Zakaria menunggu serbuan lawan dalam pertemuan dengan Sabah di Kajang Oval pada 19 Februari. Penjaga wiket Sabah, Fauzan Malik (kiri) bersedia untuk melakukan pancangan.