Kemenangan mudah bagi juara bertahan

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakukan permulaan cemerlang dalam Kriket Perisai Raja-Raja dengan kemenangan sembilan wiket ke atas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di UKM Oval dekat sini pada 18 Februari 2013.
 
Dengan hanya mengumpulkan 33 larian, TLDM terhenti serbuan pada over keenam apabila UKM melakukan 37-1.
 
''Ini hanya permulaan dan kami lebih berhati-hati dengan semua pasukan terutama sekali ketiadaan dua pemain, Aminudin Ramly dan Fikri Makram Rosdi yang masing-masing bermain di Wales dan Australia,'' kata pembantu jurulatih UKM, Zaid Asyraf Norazmi.
 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menang besar 165 larian ke atas Kedah di Bayuemas Oval setelah mengumpulkan 291 larian sewaktu memadang dalam 45.4 over.
 
Di Kajang Oval, Kelantan tumbang kepada Negeri Sembilan dengan 95 larian. Negeri Sembilan yang melakukan 159 larian hanya membenarkan Kelantan mengejar setakat 64 dalam 22.1 over.
 
Di Victoria Oval, Kuala Lumpur, naib juara 2012, Tentera mengatasi Sabah dengan lima wiket.

 
KEPUTUSAN:
 
UiTM kalahkan Kedah dengan 165 larian.
UiTM 219
(45.4 over) Azman Tajri 43, Syahadat Ramli 42, Nor Azli Karim 27, Tajudin Ismail 25, Faeiz Redzuan Tarmizi 24.  Arif Hassan 5-40, Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 2-42.
Kedah 54 (29.1 over) Imran Zarith Zakaria 13.  Rasul Iqbal Ghazali 3-15, Bakri Amin Zulkifeli 2-1.
Pemain terbaik: Azman Tajri (UiTM).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (SEL) dan M. Redzuan Shahadan (SEL).
 
UKM kalahkan TLDM dengan 9 wiket.
TLDM 33
(21.5 over) Kamarulrizal Abd. Raub 10.  Aliman Ahmad 2-4, Nik Azril Arifin 2-6, Shahrulnizam Yusof 2-6.
UKM 37-1 (6 over) Haziq Zainudin kekal 18, Adib A. Rahim 10.
Pemain terbaik: Aliman Ahmad (UKM).
Pengadil: Dr. Paleswaran M. Rajah (NS) dan Zahlan Abu Hassan (MEL).
 
Tentera kalahkan Sabah dengan 5 wiket.
Sabah 65
(24 over) Noor Afif Saufee 15, Roszaidi Roslan 13.  Syazrul Ezat Idrus 4-16, Rashid Hamid 4-35, Nazri M. Noor 2-13.
Tentera 66-5 (17.1 over) Rosman Zakaria 23, Norwira Zazmie A. Halim 15.  Trisman Rudi 2-9.
Pemain terbaik: Syazrul Ezat Idrus (TEN).
Pengadil: Poobalan Loganathan (SEL) dan Nai Prasanet Soom Chok (KL).
 
Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 95 larian.
Negeri Sembilan 159
(39.2 over) Fendi Alias 72, Mubin Salahuddin 25, Khairul Izuan Razman 12, Hafiz Zaman Huri 12.  Mahadi Muda 6-35, Wafiq Irfan Zarbani 3-25.
Kelantan 64 (22.1 over) Fatah Ibrahim 12, Nasiruddin Mazlan 10.  Azwar Tajri 7-28, Anwar A. Rahman 2-0.
Pemain terbaik: Fendi Alias (Negeri Sembilan).
Pengadil: Bertle ‘Alex’ James (NS) dan Raviandren Suparmaniam (KL).