UKM juara bagi tahun kelima

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengemudi kecemerlangan untuk merangkul kejuaraan bagi tahun kelima berturut-turut apabila menyingkir  Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan lapan wiket dalam babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang pada 27 Januari 2013.
 
Dengan kemenangan berkenaan, UKM memenang semua enam perlawanan pada saingan merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi bagi musim ini.
 
UiTM ternyata gagal menandingi UKM pada sepuiuh over terawal sewaktu sesi memukul berikutan beberapa wiket utama diranapkan lawan.
 
''Dengan hanya meletakkan sasaran 48 untuk menang, barisan UKM seakan-akan sudah memastikan mereka akan merangkul gelaran lagi. Perhitungan kami semakin kelam. Memperoleh dua wiket lawan hanyalah sebagai sagu hati,'' kata jurulatih UiTM Hamad Ullah Khan.
 
UiTM mengejar dan berjaya memulangkan dua pemukul, Faizal A. Hassan dan Adam Zulkifli ke astaka.

 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 8 wiket.
Universiti Teknologi Mara 47-9
(20 over) Syahadat Ramli 12.  Nik Azril Ariffin 3-8, Fitri Sham 3-10, Haziq Zainudin 2-5.
Universiti Kebangsaan Malaysia 52-2 (9.2 over) Haziq Zainudin kekal 21, Adam Zulkifli 14, Faiz M. Noor kekal 11.
Pemain terbaik babak akhir: Haziq Zainudin (UKM).
Pemain terbaik kejohanan: Faiz M. Noor (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) dan Bertle James (NS).