Sri Lanka terlalu garang
Friday, 03 April 2009 19:17
Sri Lanka yang mempelawa Malaysia memadang terdahulu ternyata memberi kesan positif kepada pengumpulan larian skuad pelawat sehingga mengumpulkan 231 larian untuk enam wiket dalam peruntukan maksimum 40 over. Pemukul pembukaan kerdil, Kausal Mendis bergaya dengan 60 larian dan bergandingan hebat dengan Prasansana Jayamanna yang melakukan 64 larian.
Malaysia yang memulakan pukulan selepas sajian tengah hari tidak berkeupayaan untuk mengatasi keangkuhan Sri Lanka yang turut sama hebat dalam sesi serbuan. Bagaimanapun skuad negara mampu menamatkan ining dengan 101-9 .
Ronaka Ahangamage meranapkan tiga wiket untuk tiga larian di samping Sachin Jayawardana dengan analisis 2-7.
"Kami akan memastikan Trofi Tuanku Ja'afar akan tetap menjadi simpanan kami di Colombo," kata pengurusnya, Mahinda Uduwerella.
KEPUTUSAN:
Sri Lanka kalahkan Malaysia dengan 130 larian.
Sri Lanka 231-6 (40 over) Prasanna Jayamanna 64, Kausal Mendis 60, Ranitha Liyanarachchi 42. Kavintheran Kumar 2-37, Tharma Raj CM 2-72.
Malaysia 101-9 (40 over) Rizuan Jusoh 13. Ronaka Ahangamage 3-3, Sachin Jayawardana 2-7.
Pemain terbaik: Kausal Mendis (Sri Lanka)
AHAD - BABAK AKHIR:
MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
PEMBALING Malaysia, Tharma Raj Chandra Mohan memperoleh wiket Sri Lanka hasil mati halangan kaki di Bayuemas Oval pada 3 April.
PEMBUKA pukulan Sri Lanka, Kausal Mendis mencuba pukulan sisi dalam pertemuan dengan Malaysia di Bayuemas Oval pada 3 April.