UKM kekal tanpa tewas

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan kegarangan apabila menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 80 larian dalam saingan Kriket Twenty20 UKM di UKM Oval, dekat sini petang 24 Januari 2013.
 
Dengan mengumpulkan 150-7 dalam peruntukan maksimum, UKM menghentikan kemaraan UiTM setakat 70 larian. Pemukul awal, Faiz M. Noor (54 larian) dan Shafiq Sharif masing-masing mengetuai senarai pengumpul larian tertinggi.
 
''Setakat ini kami menang semua perlawanan dan bersedia untuk menjulang kejuaraan lagi. Juga kami yakin beraksi cemerlang dalam babak akhir Ahad ini,'' kata penolong jurulatih UKM, Zaid Asyraf Norazmi.
 
Pada sebelah pagi di gelanggang sama, Universiti Antarabangsa Albukhary menang besar, 10 wiket ke atas Universiti Sains Malaysia.
 
Di Bayuemas Oval, finalis tahun lepas, University College of Technology & Innovation (UCTI) menumpaskan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 21 larian.
 
Zain Ijaz mengetuk pukulan 50 dengan sokongan Faizshal Niaz-Lyn (30) dan Norharif Hamidon  28 tanpa tewas.
 
KEPUTUSAN:
 
University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 21 larian.
University College of Technology & Innovation 156-5
(20 over) Zain Ijaz 50, Faizshal Niaz-Lyn 30, Norharif Hamidon kekal 28, Usman Hashmi 27.
Universiti Islam Antarabangsa 135 (18.3 over) Mahmud Ali 36, Najeebullah Hashimi 27, Hahmatullah Waziri 18, Asif 17.  Taimoor Touseef 4-15, Faizshal Niaz-Lyn 3-18, Zain Ijaz 2-16.
Pemain terbaik: Zain Ijaz (University College of Technology & Innovation).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) dan Poobalan Loganathan (Selangor).
 
Universiti Antarabangsa Albukhary kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 10 wiket.
Universiti Sains Malaysia 46
(20 over) Raja Ahsan Aftab 12.  Afraz Omar Hamid 2-3, Nishtar Husain 2-6.
Universiti Antarabangsa Albukhary 47-0 (4.4 over) Zackydeen Shamran kekal 27, Nishtar Husain kekal 12.
Pemain terbaik: Zackydeen Shamran (Universiti Antarabangsa Albukhary).
Pengadil: Bertle ‘Alex’ James (Negeri Sembilan) dan Shafizan Shahriman (Negeri Sembilan).

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Teknologi MARA dengan 80 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 150-7
(20 over) Faiz M. Noor 54, Shafiq Sharif 22, Faizal Abu Hassan 18, Nazril A. Rahman kekal 14, Aminudin Ramly 13.  Faeiz Redzuan Tarmizi 3-31, Faizal Tokiran 2-20.
Universiti Teknologi Mara 70 (17.3 over) Faeiz Redzuan Tarmizi 22, Tajudin Ismail 17.  Aliman Ahmad 5-12, Nik Azril Ariffin 2-3.
Pemain terbaik: Faiz M. Noor (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Pengadil: Shafizan Shahriman (Negeri Sembilan) dan Mathan Kumar Muniandy (Selangor).