UCTI atasi USM dengan 54 larian

KUALA LUMPUR - Finalis tahun lalu, University College of Technology & Innovation (UCTI) mencapai kemenangan pertama dengan membaham Unversiti Sains Malaysia (USM) dengan 54 larian dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 23 Januari 2013.
 
Dengan memukul terdahulu skuad berkenaan mengumpulkan 137 larian dalam 19.1 over dengan dua pemukul. Taimoor Touseef dan Faizshal Niaz-Lyn masing-masing mengumpulkan 39 dan 31 larian.
 
Apa pun USM memukul setakat 83 larian untuk memberi kejayaan mudah bagi UCTI.
 
Dalam dua lagi perlawanan, juara empat tahun berturut-turut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mudah menewaskan Universiti Islam Antarabangsa dengan tujuh wiket juga di UKM Oval, Bangi.
 
Di Bayuemas Oval, Klang pula, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menang lagi dan kali ini menumbangkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan tujuh wiket.


KEPUTUSAN:
 
Universiti Teknologi MARA kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 7 wiket.
Universiti Antarabangsa Albukhary 120
(20 over) Hassim Deen Hisham 38, Doole Rashard 21, Zackydeen Shamran 10, Nishtar Husain 10.  Syahadat Ramli 3-22, Faizal Tokiran 3-24.
Universiti Teknologi MARA 123-3 (18.2 over) Tajudin Ismail kekal 53, Nor Azli Karim 50.
Pemain terbaik: Tajudin Ismail (UiTM).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) dan Shafizan Shahriman (NS)
 
University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 54 larian.
University College of Technology & Innovation 137
(19.1 over) Taimoor Touseef 39, Faizshal Niaz-Lyn 31, Muhammad Waqas 27.  Muhammed Danish 2-9, Azhar K. 2-11, Noor Mohamad 2-19.
Universiti Sains Malaysia 83 (16 over) Noor Mohamad 20, Haris Aminullah 17.  Muhammad Waqas 3-12, Saad Khan 3-28, Taimoor Touseef 2-13.
Pemain terbaik: Muhammad Waqas (UCTI).
Pengadil: Poobalan Loganathan (SEL) dan Mathan Kumar Muniandy (SEL).

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 7 wiket.
Universiti Islam Antarabangsa 69-9
(20 over) Mahmudur Rahman 20, Abdullah Mahmud Khalid 17, Arifin Arif 12.  Faruq Hakimin Azmi 4-4, Fitri Sham 2-8, Shahrulnizam Yusof 2-16.
Universiti Kebangsaan Malaysia 70-3 (11 over) Faiz M. Noor kekal 27, Faizal Abu Hassan kekal 15.  Najeebullah Hashimi 2-7.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM).
Pengadil: Bertle 'Alex' James (NS) dan Mathan Kumar Muniandy (SEL).