UKM, UiTM teruskan kecemerlangan

KUALA LUMPUR - Dua pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneruskan kecemerlangan dalam saingan Kriket Twenty20 UKM apabila melakar kemenangan kedua masing-masing pada 22 Januari 2013.
 
Juara bertahan, UKM hebat dengan kemenangan enam wiket ke atas Universiti Antarabangsa Albukhary di Bayuemas Oval, Klang. Pemutar UKM, Nik Azril Ariffin bergaya dengan analisis balingan 4-7 berserta catatan hatrik.
 
Dalam perlawanan petang di UKM Oval, UiTM menewaskan University College of Technology & Innovation (UCTI) ; juga sebuah institusi prestasi tinggi Kriket Melayu dengan 37 larian.
 
''Saya cukup berpuas hati dengan pencapaian dua pasukan ini dan diharap ketiga-tiga pasukan tumpuan Kriket Melayu termasuk UCTI akan mara ke separuh akhir Sabtu ini,'' kata bekas pemain kebangsaan yang juga penyelaras teknikal kejohanan ini, Alwi Zaman.
 
Dalam perlawanan ketiga, Universiti Islam Antarabangsa mengalahkan Universiti Sains Malaysia dnegan 129 larian, juga di UKM Oval, Bangi.

 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 6 wiket.
Universiti Antarabangsa Albukhary 68
(18.3 over) Isfar Jabed Kabir 31, Asif Mustaba 16.  Nik Azril Ariffin 4-7, Haziq Zainudin 2-13.
Universiti Kebangsaan Malaysia 70-4 (13 over) Haziq Zainudin 18, Faizal Abu Hassan kekal 15, Aminudin Ramly 10, Nik Azril Ariffin 10.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (UKM)
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) dan Bertle 'Alex' James (NS).
 
Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 129 larian.
Universiti Islam Antarabangsa 181-7
(20 over) Arifin Arif 43, Ahmed Ikram 32, Mahmudur Rahman 26, AK Marshall kekal 15, Mamunur Rashid Milon kekal 14, Zubair Payab 12.  Muhammed Danish 2-25, Sarmand Ali Sher Hakro 2-32.
Universiti Sains Malaysia 52-9 (20 over) Dipesh Shilchand Patle 9.  Najeebullah Hashimi 4-13.
Pemain terbaik: Najeebullah Hashimi (UIA).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) dan Mathan Kumar Muniandy (SEL).
 
Universiti Teknologi MARA kalahkan University College of Technology & Innovation dengan 37 larian.
Universiti Teknologi MARA 119-9
(20 over) Tajudin Ismail 26, Syahadat Ramli 24, Nor Azli Karim 18, Azman Tajri 17.  Saad 3-14,Faisal Hasan 2-18.
University College of Technology & Innovation 82 (17.1 over) Taimoor Touseef 16, Saad 13, Norharif Hamidon 11, Muhammad Waqas 11.  Syahadat Ramli 4-14, Rasul Iqbal Ghazali 4-21.
Pemain terbaik: Syahadat Ramli (UiTM).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (SEL) dan Poobalan Loganathan (SEL).