UKM menang mudah dalam aksi permulaan

KUALA LUMPUR - Juara empat tahun berturut-turut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula cemerlang mengatasi finalis tahun lepas, University College of Technology & Innovation (UCTI) dengan 109 larian dalam saingan Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang pada 21 Januari.

Bermula dengan pungutan 184-3 dalam 20 over maksimum, UCTI cuma bertahan setakat 75 dalam 15.2 over.

Bekas kapten nasional, Faiz M. Noor kekal 66 dengan sokongan padu daripada Faizal A. Hassan (48 tanpa tewas). Faizshal Niaz-Lyn mengumpulkan angka terbaik untuk UCTI dengan 24 tanpa tewas setelah masuk sebagai pemukul kelima.

Dalam satu lagi perlawanan, pendatang baru, Universiti Antarabangsa Albukhary memeranjatkan Universiti Islam Antarabangsa dengan kemenangan lapan larian di UKM Oval, Bangi pada sesi pagi.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula menumpaskan Universiti Sains Malaysia dengan dengan 82 larian pada sesi petang juga di UKM Oval.


KEPUTUSAN


Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti College of Technology and Innovation dengan 109 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 184-3
(20 over) Faiz M. Noor kekal 66, Faizal Abu Hassan kekal 48, Shafiq Sharif 27, Adam Zulkifli 11, Haziq Zainudin 10.  Taimoor Touseef 2-34.
University College of Technology and Innovation 75 (15.2 over) Faizshal Niaz-Lyn kekal 24, Taimoor Touseef 16, Waleed Khan 11.  Nik Azril Ariffin 3-7, Faruq Hakimin Azmi 3-14, Fitri Sham 2-9.
Pemain terbaik: Faiz M. Noor (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan) dan Mathan Kumar Muniandy (Selangor).

Universiti Antarabangsa Albukhary kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 8 larian.
Universiti Antarabangsa Albukhary 126
(17.2 over) Hassim Deen Hisham 34, Isfar Jabed Kabir 24, Nishtar Husain 17, Mohammad Ali kekal 12.  Najeebullah Hashimi 4-21, Muhammad Faysal 3-17, Hahmatullah Waziri 2-18.
Universiti Islam Antarabangsa 118-9 (20 over) Arifin Arif 26, Najeebullah Hashimi 18, Ahmed Ikram 15, AK Marshall 13.  Nishtar Husain 2-22, Anees Ansari 2-30.
Pemain terbaik: Hassim Deen Hisham (Universiti Antarabangsa Albukhary).
Pengadil: Bertle James (Negeri Sembilan) dan Poobalan Loganathan (Selangor).

Universiti Teknologi MARA kalahkan Universiti Sains Malaysia dengan 82 larian.
Universiti Teknologi MARA 138-6
(20 over) Tajudin Ismail 51, Nor Azli Karim 26, Syahadat Ramli 23.  Muhammed Danish 3-18, Dipesh Shilchand Patle 3-19.
Universiti Sains Malaysia 56 (15.3 over) Dilnawaz Hakro 13, Mohammed Thaif 12.  Syahadat Ramli 5-14, Faeiz Redzuan Tarmizi 2-18, Rasul Iqbal Ghazali 2-10.
Pemain terbaik: Syahadat Ramli (Universiti Teknologi MARA).
Pengadil: Poobalan Loganathan (Selangor) dan Bertle James (Negeri Sembilan).