Pasukan bawah 18 Melayu Malaysia bakal baiki pencapaian di Perth

SKUAD bawah 18 Melayu Malaysia yang akan bertarung di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember iniKUALA LUMPUR- Skuad kriket bawah 18 Melayu Malaysia berkeyakinan untuk memenangi empat daripada lima perlawanan ujian di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember 2012 ini.
 
Barisan berkenaan yang dibarisi 14 pemain daripada kelompok   Projek Kriket Nasional dan Pusat Prestasi Tinggi, bakal mengharungi lima perlawanan dengan pasukan di bawah program pembangunan Persatuan Kriket Australia Barat (WACA).
 
''Tahun lepas, skuad peringkat usia ini menang tiga daripada enam pertemuan dengan pasukan ternama di Perth,'' kata pengurus pasukan, Alwi Zaman.
 
Memandangkan prestasi sebahagian besar pemain semakin meningkat, pengurusan Kriket Melayu mengharapkan aksi tahap tinggi ditayangkan di Perth kelak.
 
Setiap tahun, Kriket Melayu menyertai latihan pendedahan bawah 14 di Sri Lanka manakala untuk kumpulan bawah 18, tumpuan adalah di Australia.

 
SKUAD BAWAH 18 MELAYU MALAYSIA:
Fadzrin Kate-Lee (ketua), Norharif Hamidon, Fitri Sham, Adzim Yahya, Che Wan Razlan Zalati, Mahadi Muda, Ibrahim Kalil Zakaria, Azwar Tajri, Wafiq Irfan Zarbani, Anwar A. Rahman, A. Tajudin Ismail, Noor Afif Saufee, Fauzan Malik, Mubin Salahuddin.
Pengurus: Alwi Zaman; jurulatih: A. Salim Hussin
 
JADUAL DI PERTH:
 
Ahad: Melayu Malaysia lwn Bayswater Cricket Club.
Isnin: Melayu Malaysia lwn UWA Academy
Selasa: Melayu malaysia lwn Belridge Senior High School
Rabu: Melayu Malaysia lwn Kent Street High School
Khamis: Melayu Malaysia lwn John Forrest College.

SKUAD bawah 18 Melayu Malaysia yang akan bertarung di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember ini.

SKUAD bawah 18 Melayu Malaysia yang akan bertarung di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember ini.

SKUAD bawah 18 Melayu Malaysia yang akan bertarung di Perth, Australia bermula 9 hingga 13 Disember ini.