Kriket Melayu terima anugerah Yayasan Sime Darby

SHAM JALIL (dua dari kiri) menerima anugerah daripada Shamsudin Osman di KLGCC pada 30 November 2012. Turut sama ialah Azahari Fitri Mohd. Fuad (kanan) dan Faris Almas-Lee (kiri).KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia memperoleh pengiktirafan apabila menerima anugerah Pembangunan Kriket Nasional daripada Yayasan Sime Darby Jumaat lepas.
 
Anguerah berkenaan disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Sime Darby Berhad, Tan Sri Samsudin Osman sempena ulang tahun ke-30 penubuhan yayasan berkenaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).
 
Dengan pengiktirafan berkenaan Kriket Melayu juga menerima habuan wang tunai daripada Yayasan Sime Darby.
 
Timbalan Setiausaha Kewangan Kriket Melayu, Sham Jalil menerima anugerah berkenaan bersama Eksekutif Perancangan Strategik badan itu, Azahari Fitri Mohd. Fuad dan kapten skuad senior Melayu Malaysia, Faris Almas-Lee.
 
Terdahulu, Kriket Melayu telah menerima Anugerah Program Pembangunan Keseluruhan Terbaik Asia pada tahun 2004.
 
Buat masa ini, Malaysia berada dalam kedudukan ke-29 dalam senarai Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).
 
Kumpulan pertama dan kedua menerusi Program Pembangunan Kriket Remaja (Bawah 12) Kriket Melayu sudah pun membarisi skuad utama Malaysia buat masa ini. Hampir semua pemain dalam kumpulan peringkat usia; dari kumpulan bawah 19, bawah 16 dan 15 nasional dibarisi oleh pemain daripada program Kriket Melayu.
 
Persatuan berkenaan memulakan program pembangunan dari kumpulan bawah 12 hinggalah ke tahap pusat prestasi tinggi sejak tahun 1999.
 
SHAM JALIL (dua dari kiri) menerima anugerah daripada Shamsudin Osman di KLGCC pada 30 November 2012. Turut sama ialah Azahari Fitri Mohd. Fuad (kanan) dan Faris Almas-Lee (kiri).
SHAM JALIL (dua dari kiri) menerima anugerah daripada Shamsudin Osman di KLGCC pada 30 November 2012. Turut sama ialah Azahari Fitri Mohd. Fuad (kanan) dan Faris Almas-Lee (kiri).