Melayu Malaysia bersedia untuk tujuh perlawanan di Sri Lanka

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan menyertai latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 2 hingga 12 November ini.KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia bertekad untuk memenangi semua perlawanan dalam siri latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 2 hingga 10 November ini.
 
Skuad berkenaan yang dibarisi 15 pemain dan tiga pegawai berlepas ke Colombo, Sri Lanka pada 1 November dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free berasal dari Juasseh, Negeri Sembilan, A. Hadi Halem dipilih sebagai ketua pasukan.
 
Pengurus, Zainuddin Harun berkata, sebanyak tujuh perlawanan tersedia untuk pasukannya dan skuad pertama yang bakal ditentang ialah Panadura Sports Club Academy disusuli Panadura CC sehari kemudian pada 3 November.
 
Lima lagi pertemuan ialah mencabar Prince of Wales College di Moratuwa, President College di Srijayawardhanapura, DS Senanayake College, St. Peters College dan Marian Cooray SC.
 
Latihan pendedahan tahunan bagi skuad peringkat usia itu telah dimulakan sejak tahun 1999 oleh Kriket Melayu sebagai pendedahan bagi program kesinambungan pembangunan kriket di Malaysia.
 
Program itu adalah hasil kerjasama antara Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka dengan Kriket Melayu dan Sri Lanka merupakan negara paling hebat dalam program kriket di peringkat sekolah.
 
Turut sama mengiringi pasukan ialah jurulatih Sarath Jayawardhana dan pengadil, Hafiz Zaman Huri.

 
JADUAL SKUAD BAWAH 14 MELAYU MALAYSIA:
 
Jumaat: Melayu Malaysia lawan Panadura Sports Club Academy.
Sabtu: Melayu Malaysia lawan Panadura CC.
Ahad: Melayu Malaysia lawan Prince of Wales College.
Selasa: Melayu Malaysia lawan President College.
Rabu: Melayu Malaysia lawan DS Senanayake College.
8 Nov: Melayu Malaysia lawan St. Peters College.
10 Nov: Melayu Malaysia lawan Marian Cooray SC.
 
ROMBONGAN MELAYU MALAYSIA:
 
A. Hadi Halem, Aiman Jamil, Irfan Hassim, Amdam Wiliyoh, Nizamuddin Azhar, Sudarmin Darwis, Fatah Ibrahim, Trisman Rudi, Fadli Haris A. Rahman, Amirul Zubair Zulkifle, Jihad Fayez Jailani, Salsabila Ibrahim, Zohorina Zol, Divakaran Santhosam, Shuvinder S. Furrah.
 
Pengurus: Zanuddin Harun.
Jurulatih: Sarath Jayawardhana.
Pengadil: Hafiz Zaman Huri.

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan menyertai latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 2 hingga 12 November ini.

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan menyertai latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 2 hingga 12 November ini.