Chilaw Marians juara Kriket Antara Kelab Antarbangsa

BARISAN Chilaw Marians merai kecemerlangan menjadi juara Kejohanan Kriket Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.KLANG - Wakil Sri Lanka, Chilaw Marians memastikan kejuaraan dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan kemenangan 142 larian ke atas Melayu Malaysia pada babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 21 Oktober.
 
Setelah memenangi undian dan mengetuk sehingga 392 larian untuk lapan wiket, skuad dibarisi bintang-bintang pasukan utama Sri Lanka itu memberikan tekanan kepada tuan rumah untuk bertarung selepas sajian tengah hari.
 
Apapun dengan hujan mengganggu perlawanan sebanyak tiga kali dan sasaran bertukar dua kali berpandukan kaedah Duckworth-Lewis, Melayu Malaysia tidak berupaya mengejar matlamat 296 larian untuk menang dalam hanya 32 over. Dengan berbaki lima wiket dalam tangan tuan rumah cuma memukul setakat 153.
 
''Kami akan datang lagi musim depan untuk mempertahankan kejuaraan,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.
 
Kapten pelawat, Kaushalya Weeraratne yang mengumpulkan 159 larian dipilih pemain terbaik babak akhir.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai penganjur menyediakan hadiah wang lumayan dalam perlawanan kelas tinggi itu.

 
KEPUTUSAN:
(Babak akhir)
 
Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 142 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 296 larian dalam 32 over.
Chilaw Marians 392-8 (50 over) Kaushalya Weeraratne 159, Shehan Jayasuriya 58, Janaka Gunaratne 44, Gayan Wijekoon kekal 40, Harsha Cooray 27, Milinda Siriwardana 22, Amal Athulathmudali 15, Asela Jayasinghe 10.  Nik Azril Ariffin 3-52, Suharril Fetri Shuib 2-70.
Melayu Malaysia 153-5 (32 over) Faiz M. Noor kekal 73, Anwar Arudin 27, Faris Almas-Lee kekal 21, Aminudin Ramly 10.  Shehan Jayasuriya 2-12.
Pemain terbaik: Kaushalya Weeraratne (Chilaw Marians).  
Juara: Chilaw Marians (Sri Lanka).
Naib Johan: Melayu Malaysia.
Ketiga: FMC Sports (Bangladesh).
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka) dan Kithsiri Jayaweera (Sri Lanka).
Pengadil ketiga: Faizshal Niaz-Lyn (MAS)
Referi: A. Salim Hussin (MAS)
Pencatat: Razman Zabri (MAS)

BARISAN Chilaw Marians merai kecemerlangan menjadi juara Kejohanan Kriket Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.

BARISAN Chilaw Marians merai kecemerlangan menjadi juara Kejohanan Kriket Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam.

Kapten Pasukan Chilaw Marians

Kapten Pasukan Chilaw Marians

Kapten Pasukan Chilaw Marians bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

Kapten Pasukan Chilaw Marians bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

Pasukan FMC Sports of Bangladesh

Pasukan FMC Sports of Bangladesh

Man of the Match

Man of the Match