Hujan hentikan pertemuan menarik

KLANG - Melayu Malaysia menyerah kalah dengan 40 larian kepada Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan terakhir pusingan awal Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 19 Oktober 2012.
 
Hujan menghentikan perlawanan sewaktu Melayu Malaysia memukul dengan angka 73-3 dalam 23.4 over dalam misi mengejar angka yang dihimpun skuad dari Sri Lanka itu, 263 untuk sembilan wiket dalam peruntukan penuh 50 over.
 
Berpandukan kaedah perkiraan Duckworth-Lewis apabila wujud gangguan perlawanan, Melayu Malaysia perlu mengatasi angka 113.
 
''Kami memerlukan semangat tinggi dalam mengharungi tanggungjawab perlawanan akhir Ahad ini menentang pasukan sama.
 
''Walaupun Chilaw Marians memiliki hampir semua pemain kontrak skuad utama Sri Lanka, pemain Melayu Malaysia akan melakukan yang terbaik walaupun terlalu sukar untuk memenangi kejuaraan,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Alwi Zaman.

 
 
KEPUTUSAN:
 
Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 40 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 113 larian dalam 23.4 over.
Chilaw Marians 263-9 (50 over) Asela Jayasinghe kekal 49, Amal Athulathmudali 44, Harsha Cooray 43, Kaushalya Weeraratne 26, Milinda Siriwardana 22, Gayan Wijekoon 21, Janaka Gunaratne 14.  Aliman Ahmad 3-52, Aminudin Ramly 2-33, Faruq Hakimin Azmi 2-35.
Melayu Malaysia 73-3 (23.4 over) Faris Almas-Lee kekal 30, Faiz M. Noor kekal 11, Haziq Zainuddin 11.
Pemain terbaik: Asela Jayasinghe (Chilaw Marians).  
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka), Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).
 
JADUAL 21 OKTOBER
(BABAK AKHIR)
Chilaw Marians  lwn Melayu Malaysia
(Bayuemas Oval, 10 pagi)