Chilaw Marians layak ke babak akhir

KLANG - Chilaw Marians memastikan tempat ke babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa Ahad ini apabila memenangi pertemuan kedua dengan mengatasi FMC Sports dengan 41 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Oktober 2012.
 
Dengan hanya meletakkan 168 larian untuk menang, wakil Sri Lanka itu mengumpulkan 105-3 dalam 20 over sebelum hujan lebat terus menghentikan pertemuan.
 
Berikutan itu, berpandukan kaedah perkiraan Duckworth-Lewis, Chilaw Marians menang dengan 41 larian ke atas wakil Bangladesh itu apabila sasaran hanya 64 dalam 20 over.
 
''Kami berbangga dapat menyerap ke babak akhir walaupun memiliki satu lagi pertemuan dengan Melayu Malaysia pada 19 Oktober.
 
''Apa pun kami menunggu siapa sahaja lawan. Yang penting persediaan mental untuk menjuarai kejohanan,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.
 
Pemenang pertemuan antara Melayu Malaysia dengan wakil Bangladesh, FMC Sports hari ini bakal berdepan Chilaw Marians.
 
Pemain kebangsaan Sri Lanka, Dilhara Lokuhettige dipilih pemain terbaik pertemuan semalam atas dasar serbuannya menghasilkan tiga wiket dengan hanya membenarkan 13 larian.

 
KEPUTUSAN:
 
Chilaw Marians kalahkan FMC Sports dengan 41 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 64 larian dalam 20 over.

FMC Sports 167 (45.3 over) Iqbal Bahar 56, Manirul Hoque 21, Maruful Islam Maruf 15, Irfaan Shukkur 13, Imrul Karim 10.  Dilhara Lokuhettige 3-13, Janaka Gunaratne 2-11, Milinda Siriwardana 2-29, Malinda Pushpakumara 2-32.
Chilaw Marians 105-3 (20 over) Kaushalya Weeraratne 34, Harsha Cooray kekal 29, Milinda Siriwardana kekal 25, Umesh Karunaratne 18, Shehan Jayasuriya 12.  Rony Chowdhury 2-17.
Pemain terbaik: Dilhara Lokuhettige (Chilaw Marians).   
Pengadil: Kithsiri Jayaweera (Sri Lanka) dan Faizshal Niaz-Lyn (Malaysia).

JADUAL 18 OKTOBER:

FMC Sports lwn Melayu Malaysia
(Bayuemas Oval, 10 pagi)