Melayu Malaysia kongsi satu mata

PEMUKUL pertengahan Melayu Malaysia, Aminudin Ramly bersedia menerima serbuan pembaling Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2012.KLANG - Walaupun tiada keputusan pertemuan Melayu Malaysia menentang pasukan gagah, Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 16 Oktober, ia sudah cukup untuk melonjakkan semangat tuan rumah bagi meneruskan baki dua perlawanan lagi.

Setelah tumpas perlawanan pertama, satu mata hasil tiada keputusan berikutan perlawanan terhenti akibat hujan, akan memastikan peluang masih terbuka kepada skuad tempatan untuk mencipta kemenangan.

Melayu Malaysia menayangkan kematangan dalam sesi serbuan apabila memeranjatkan skuad dari Sri Lanka dengan 58 untuk lima wiket setelah barisan negara mengumpulkan 182-9 dalam peruntukan 50 over.

''Walaupun hujan menghentikan perlawanan lewat petang, barisan pemain menggegar skuad lawan yang dibarisi semua pemain kontrak dalam pasukan utama Sri Lanka.

''Berpandukan pertemuan ini, kami mahu beraksi dalam babak akhir pada Ahad,'' kata pengurus Melayu Malaysia dan bekas pemain kebangsaan, Alwi Zaman.

Shafiq Sharif bergembira dengan himpunan 72 larian di samping Faruq Hakimin Azim dengan 29.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia dengan penyediakan hadiah wang tunai tertinggi dalam sejarah kriket tanah air.


KEPUTUSAN:

Perlawanan antara Melayu Malaysia dengan Chilaw Marians tiada keputusan kerana gangguan hujan.
Melayu Malaysia 182-9 (50 over) Shafiq Sharif 72, Faruq Hakimin Azmi 29, Suharril Fetri Shuib kekal 20, Aliman Ahmad 17, Faris Almas-Lee 12.  Malinda Pushpakumara 3-32, Dilhara Lokuhettige 2-15, Madushanka Ekanayake 2-41.
Chilaw Marians 92-5 (18 over) Kaushalya Weeraratne kekal 39, Asela Jayasinghe kekal 17, Shehan Jayasuriya 17.  Nazril A. Rahman 2-16, Aliman Ahmad 2-19.
Pengadil: Asoka de Silva (Sri Lanka), Kithsiri Jayaweera (Sri Lanka)

PEMUKUL pertengahan Melayu Malaysia, Aminudin Ramly bersedia menerima serbuan pembaling Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2012.

PEMUKUL pertengahan Melayu Malaysia, Aminudin Ramly bersedia menerima serbuan pembaling Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2012.