Fikri Makram, Zubair Aysraf berlepas ke Perth

Fikri Makram & Zubair AysrafDUA pemain meningkat naik dalam berada dalam pool skuad utama kriket kebangsaan, Fikri Makram Rosdi dan Zubair Asyraf Norazmi berlepas ke Perth, Australia untuk memulakan penempatan bermain dengan pasukan profesional di Australia Barat.

Kedua-dua pemain yang berusia 19 tahun itu sudah beberapa kali mewakili pasukan utama nasional dan akan mewakili kelab masing-masing mulai 13 Oktober ini. Zubir Asyraf akan bermain untuk Bayswater Morley manakala Fikri Makram mewakili Mount Lawley. Mereka akan beraksi selama lima hingga enam bulan.

Zubair Asyraf kini berada di pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Fikri Makram pula di pusat prestasi tinggi Kriket Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Fikri Makram berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala Zubir Asyraf dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program ini merupakan sokongan Yayasan Sime Darby kepada Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang meluluskan komitmen tajaan pembangunan kriket nasional selama tiga tahun bermula 2011.