Senarai Melayu Malaysia diumum

Melayu MalaysiaEMPAT belas pemain disenaraikan Melayu Malaysia untuk saingan Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji bermula 14 hingga 21 Oktober ini di Bayuemas Oval.
 
Pertandingan pertama kali dianjurkan untuk memenuhi kesinambungan peningkatan pemain prestasi tinggi itu akan turut menampilkan Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC dari Bangladesh. Kedua-dua pasukan luar ini bakal menyerlahkan bintang-bintang kelas satu negara berkenaan.
 
''Ini merupakan kejohanan bertaraf tinggi untuk menampung peningkatan pemain di negara ini. Kita memerlukan pasukan gagah untuk menyaingi skuad Melayu Malaysia,'' kata pengurus pasukan Melayu Malaysia, Alwi Zaman.
 
Sejumlah wang hadiah RM60,000 disediakan pada pertandingan ini.

 
SENARAI MELAYU MALAYSIA: Faris Almas-Lee, Aminudin Ramly, Faiz M. Noor, Shafiq Sharif, Faizal A. Hassan, Haziq Zainuddin, Nik Azril Ariffin, Shahrulnizam Yusof, Hazrul Zainal, Faruq Hakimin Azmi, Aliman Ahmad, Nazril A. Rahman, Suharril Fetri Shuib, Anwar Arudin.
 
Pengurus: Alwi Zaman
Jurulatih: Mohammad Salah Uddin

Alwi Zaman

Alwi Zaman

Mohammad Salah Uddin

Mohammad Salah Uddin