Pengadil terkemuka dunia ke Malaysia

PengadilPENGADIL test antarabangsa yang juga Presiden Persatuan Pengadil Kriket Profesional Sri Lanka, Asoka de Silva akan mengetuai senarai pengadil untuk saingan Kriket Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval mulai 14 hingga 21 Oktober ini.
 
Asoka dilantik sebagai ketua pengadil akan bertugas bersama Ashraf Karriem dari Afrika Selatan dan pengadil tempatan, Faizshal Niaz-Lyn.
 
Tiga pasukan akan berentap untuk hadiah wang tunai berjumlah RM60,000. Melayu Malaysia akan berhadapan dengan dua pasukan kelas utama, Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC dari Bangladesh.
 
Ashraf ialah pengadil dari Western Province Cricket dan pernah mengadili pusingan akhir Piala Dunia Wanita manakala Faizshal, 19, merupakan ahli daripada Persatuan Pengadil Kriket Profesional Sri Lanka.
 
Asoka de Silva
Asoka de Silva
 
Ashraf Karriem
Ashraf Karriem
 
Faizshal Niaz-Lyn
Faizshal Niaz-Lyn