Tun Ahmad Sarji presiden baru Kriket Melayu
Written by Rosmanizam Abdullah Wednesday, 01 April 2009 19:59
KLANG - Timbalan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1996, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dilantik sebagai presiden persatuan ini menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat 27 Disember tahun lalu.
Pelantikan itu berlangsung pada mesyuarat majlis Kriket Melayu semalam di Bayuemas Oval di sini pada 31 Mac 2009 berpandukan Peraturan 12, perlembagaan pertubuhan itu yang membenarkan majlis melakukan pelantikan jika wujud kekosongan hingga persidangan agung pemilihan yang dijadualkan tahun depan.
Berikutan pelantikan Ahmad Sarji ke jawatan No. 1, salah seorang naib presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob pula diberi mandat untuk memegang jawatan timbalan presiden.

Tan Sri Wan Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya kini membabitkan diri dalam perniagaan dan memegang pelbagai jawatan pengarah firma besar termasuk Pengerusi IJM Corporation Berhad.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Wan Abdul Rahman pula diisi oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran (Pendidikan), Tan Sri Wan Mohd. Zahid Noordin yang kini juga terbabit memegang jawatan tinggi dalam firma tempatan.
''Pelantikan berikutan kekosongan jawatan dalam Kriket Melayu dijalankan dengan teratur dan memuaskan semua anggota majlis hari ini (semalam) ,'' kata Tun Ahmad Sarji yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.
Katanya, kecemerlangan kegiatan Kriket Melayu di bawah kepemimpinan Almarhum Tuanku Ja'afar akan diteruskan oleh majlis yang sedia ada.