SMK Tinggi Kajang benam SMK Victoria

SMK Tinggi KajangKLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dari Selangor memastikan kejuaraan milik mereka apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur (VI) dengan kelebihan ining pertama dalam saingan kriket Projek Kriket Nasional di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 September 2012.
 
Ini merupakan kejuaraan pertama dimenangi SMK Tinggi Kajang setelah dinamakan sebagai sekolah Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2008.
 
''Piala Ketua Pengarah Pelajaran sudah menjadi milik kami setelah sekian lama bertungkus lumus dan kegarangan dalam babak akhir selama dua hari menyempurnakan impian sebenar,'' kata pengetua SMK Tinggi Kajang, Nik Mat Nik Man.
 
Sekolah berkenaan bukan sahaja dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan yang dimulakan sejak 3 Mac lalu malah penjaga wiket utamanya, Ibrahim Khalil Zakaria bergaya dengan anugerah pemain terbaik kejohanan.
 
Bermula dengan yakin pada Sabtu, SMK Tinggi Kajang menghimpun 255-6 dan berjaya mengatasi ining pertama lawan dengan 130 apabila VI hanya membalas dengan 125.
 
''Dengan meletakkan 246 untuk memenangi perlawanan, VI hanya berdaya setakat 125-6 pada sesi terakhir hari ini dan seterus kehabisan masa. Kami akur dengan keputusan ini dan nyata SMK Tinggi Kajang lebih hebat dalam babak akhir,'' kata pengetua VI, Maslan Buniran.
 
Dua lagi sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang pertama kali dimulakan sejak tahun 2004 ialah SMK Penang Free dan SMK Segambut Jaya. Projek Kriket Nasional merupakan susulan kesinambungan daripada Program Pembangunan Kriket Remaja (bawah 12) yang diuruskan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

 
KEPUTUSAN
 
SMK Tinggi Kajang juara apabila mendahului ining pertama.
Ining pertama:
SMK Tinggi Kajang 255-6.
Anwar A. Rahman 134, Amdam Wiliyoh 37, Mubin Salahuddin kekal 21, Irfan Ruzdi 21. Azwar Tajri 4-41.
SMK Victoria 125 Khairul Izuan Razman 37, Fauzan Malik 24. Irfan Ruzdi 3-33, Anwar A. Rahman 2-16, Wafiq Irfan Zarbani 2-17.
 
Inining kedua:
SMK Tinggi Kajang 120-6.
Anwar A. Rahman 42, Irfan Ruzdi 32. Azwar Tajri 4-31.
SMK Victoria 125-6. Khairul Izuan Razman kekal 54, Azwar Tajri kekal 23. Wafiq Irfan Zarbani 2-14.
 
Pemain terbaik kejohanan: Ibrahim Khalil Zakaria (SMK Tinggi Kajang)